Drama Melastik Ke Hatimu (TV3)

Drama adaptasi novel 'Melastik Ke Hatimu' karya Aqma Dee di slot Lestary TV3. Menampilkan gandingan Andi Bernadee dan Janna Nick. Drama romantik komedi terbitan OrangeTree Production dibawah arahan Azmi Hata. Akan bersiaran mulai 21 Januari 2021, setiap Rabu hingga Sabtu pukul 9 malam di TV3.



JUDUL : MELASTIK KE HATIMU

EPISOD : 13

TARIKH TAYANGAN : 21 Januari 2021

WAKTU SIARAN : Rabu-Sabtu, 9:00 malam

SIARAN TV : Slot Lestary TV3

PENULIS SKRIP : Siti Solehah Abdul Ghani, Eja Lorena, Rohaidah Aida Adia

PENULIS NOVEL : Aqma Dee

PENGARAH : Azmi Hata

PRODUKSI : OrangeTree Production Sdn Bhd

PELAKON : Janna Nick, Andi Bernadee, Hafidz Roshdi, Norman Hakim, Wani Keyrie, Puteri Sarah Liyana, Azrel Ismail, Ahmad Ezzrin Loy, Idzham Ismail, Afifah Nasir, Noniswara, Azizah Mahzan, Ridzuan Hashim, Dato Jalaluddin Hassan, Cassia Iman


WATAK PELAKON Drama Melastik Ke Hatimu (TV3)

Andi Bernadee sebagai Ziyyad

Janna Nick sebagai Haura

Norman Hakim sebagai Jeffry

Wani Kayrie sebagai Fatin 

Puteri Sarah Liyana sebagai Faida

Idzham Ismail sebagai Luqman


LAGU TEMA (OST) Drama Melastik Ke Hatimu (TV3)

Ucop - Pencinta Setiamu


SINOPSIS MELASTIK KE HATIMU

Drama Melastik Ke Hatimu (TV3) Mengisahkan Haura, seorang pekerja kilang yang memiliki perangai gila-gila dan suka mengunyah chewing gum. Di kilang itu, Haura selalu bergaduh dengan Natasya yang asyik tidak berpuas hati dengannya. Mereka ibarat ‘gangster-gangster’ kilang itu. Haura bercinta dengan Naim namun begitu mereka mendapat halangan daripada Mak Limah kerana Mak Limah hanya mahu bermenantukan orang kaya. Haura kerap kali dating dengan Naim selepas waktu kerja dan Faida, kakak sulung Haura akan menjadi mangsa untuk coverline Haura depan Mak Limah dengan mengatakan Haura buat over time dan akan pulang lewat. Ziyyad, pengurus kilang di tempat Haura bekerja, sudah lama menaruh hati kepada Haura. 

Haura terpaksa akur apabila dijodohkan dengan Ziyyad, pengurus kilang di tempat Haura bekerja. Ziyyad digelar 'kayu cengal' oleh pekerja kilang kerana sikapnya yang tak endahkan orang rupanya menyimpan perasaan pada Haura dalam diam. Mereka terikat dalam perkahwinan. Ziyyad cuba memikat hati Haura dan Haura pula mencari jalan supaya Ziyyad menceraikannya kerana cintanya hanya untuk Naim. Ziyyad disenangi oleh ayah Haura yang terkena serangan strok dan kebaikan Ziyyad akhirnya berjaya membuahkan rasa cinta di hati Haura untuk suami.


 


Sedang mereka melakar bahagia, musibah melanda Ziyyad. Keluarga Ziyyad diisytihar muflis dan terbongkar suatu rahsia yang selama ini tersimpan kemas. Keadaan itu menyebabkan emak Haura memaksa Ziyyad melepaskan Haura.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Drama Melastik Ke Hatimu (TV3)"

Catat Ulasan