Jumaat, 22 Januari 2021

Drama Takdir Yang Tertulis TV3

 Drama Takdir Yang Tertulis TV3

Drama bersiri 'Takdir Yang Tertulis' bakal mengisi slot Samarinda TV3. Dibintangi oleh Nazim Othman, Nad Zainal, Elvina Mohamad, dan Alvin Chong. Drama arahan Shahrulezad Mohameddin. Akan bersiaran mulai 21 Januari 2021, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam.



JUDUL : TAKDIR YANG TERTULIS

EPISOD : 15

TARIKH TAYANGAN : 21 Januari 2021

WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam

SIARAN TV : Slot Samarinda TV3

PENULIS SKRIP : Shahrulezad Mohameddin & Uchee Fukada

PENGARAH : Shahrulezad Mohameddin

PRODUKSI : Radius One

PELAKON : Nazim Othman, Nad Zainal, Elvina Mohamad, Alvin Chong, Isaac Iman, Didie Alias, Uchee Fukada, Iman Suhana, Muaz Fitri Maslan

WATAK PELAKON 

Nazim Othman sebagai Azlan

Nad Zainal sebagai Juweta

Elvina Mohamad sebagai Ruhila

Alvin Chong sebagai Ean

Muaz Fitri sebagai Hakim

Didie Alias sebagai Che Salmah

Uchee Fukada sebagai Kak Jo

Iman Suhana sebagai Ruzita 

Isaac Iman sebagai Mika

LAGU TEMA (OST)

Lagu : Karma

Artis : Kaka & Jaz hayat

Lirik : Aisha Retno

Komposer : Farouk Roman

SINOPSIS TAKDIR YANG TERTULIS

Drama Takdir Yang Tertulis TV3 Mengisahkan tentang Juweta, Ruhila, Azlan dan Ean. Perkenalan yang bermula sejak zaman Universiti menjadi huru hara apabila persahabatan dicabar dengan kesetian dan kepercayaan. Azlan yang menyukai Ruhila tanpa mengetahui bahawa Ruhila adalah kekasih Ean. Hal tersebut sedikit menggugat Ean.

Hubungan suami isteri, Azlan dan Juweta semakin meruncing. Cubaan Azlan untuk mengambil hati isterinya berakhir dengan pergaduhan besar. Sementara itu, anak mereka, Misha trauma dengan pergaduhan ibu bapanya.

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+
Tags :

Related : Drama Takdir Yang Tertulis TV3

0 komentar:

Catat Ulasan