Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri
Drama bersiri yang bertajuk 'Aku Yang Kau Gelar Isteri' di slot Samarinda TV3. Dibintangi oleh Adi Putra, Sharifah Sakinah, Nadia Brian, dan Atiq Azman. Drama seram 15 episod arahan Shuhaimi Lua. Ditayangkan mulai 17 Februari 2021, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di TV3.
JUDUL : AKU YANG KAU GELAR ISTERI
EPISOD : 15
TARIKH TAYANGAN : 17 Februari 2021
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
SIARAN TV : Slot Samarinda TV3
PENULIS SKRIP : Syed Mohamad Taufik Syed Abdul Jalil
PENGARAH : Shuhaimi Lua
PRODUKSI : Tanah Beris Film Production
PELAKON : Adi Putra, Sharifah Sakinah, Nadia Brian, Atiq Azman, Lana Nodin, Baby Azreen, Zaki Azeman, Ummar Dzariff, Laura Olivia, Aznah Hamid, Rosli Rahman Adam, Kuza, Jasper Supayah, Baby Azreen, Puteri Ateeqah Ayu, Zahir Deck, Ferth Jasni, Razali Abdul Ghani, Zaleha Abdul Kadir, Syarafi Sudarmaji, Ariff Amran
WATAK PELAKON DRAMA AKU YANG KAU GELAR ISTRI
Adi Putra sebagai Ezlan
Sharifah Sakinah sebagai Laila
Nadia Brian sebagai Raihani
Atiq Azman sebagai Pian
Lana Nodin sebagai Embun
Zaki Azeman sebagai Naim
Ummar Dzariff sebagai Rais
Laura Olivia sebagai Ain
Aznah Hamid sebagai Mak Lang
Rosli Rahman Adam sebagai Pak Salleh
Kuza sebagai Mak Su
Jasper Supayah sebagai Rose
Baby Azreen sebagai Maryam
Puteri Ateeqah Ayu sebagai Maisarah
Zahir Deck sebagai Amin
Ferth Jasni sebagai Fakhri
Razali Abdul Ghani sebagai Abang Darus
Zaleha Abdul Kadir sebagai Mak Wan
Syarafi Sudarmaji sebagai Zairi
Ariff Amran sebagai Hadi
LAGU TEMA (OST) DRAMA AKU YANG KAU GELAR ISTERI
Purnama - Naim Daniel
SINOPSIS DRAMA AKU YANG KAU GELAR ISTERI
Mengisahkan apabila Laila (Sharifah Sakinah) menyintai Eizlan (Adi Putra) dalam diam. Akan tetapi Eizlan menyintai Raihani (Nadia Brian). Lalu Eizlan menikahi Raihani. Laila patah hati dan bertemu dengan Embun (Lana Nordin).
Pada mulanya kehidupan Raihani dan Eizlan bahagia dan saling menyayangi. Akan tetapi kemunculan Laila ke kampung membuatkan kebahagiaan mereka goyah. Kehadiran Laila membawa seribu mistik dan dendam lama yang terpendam. Berakhirkah kesengsaraan Raihani dan Eizlan ataupun mungkin mahligai cinta mereka berakhir dengan penceraian?
Episod 1
Sekumpulan remaja sedang mengadakan sebuah campfire di dalam sebuah hutan. Campfire itu dihadiri oleh 10 orang sahabat berusia 18 tahun bagi yang dianjurkan oleh mereka sendiri. Ezlan, 18 sedang menceritakan sebuah kisah seram membuatkan ramai remaja takut terutamanya remaja perempuan. Sedang leka mendengar kisah seram yang disampaikan oleh Ezlan, Ezlan menyergah dengan kuat membuatkan Raihani, 18 terkejut lalu memaut lengan Ezlan. Semua orang bergelak ketawa kerana keletah Ezlan yang melucukan walaupun dia sedang bercerita tentang hantu. Raihani menepuk-nepuk bahu Ezlan dengan manja. Jelas keserasian Raihani dan Ezlan. Kekacakkan dan keletah Ezlan ditenung lama oleh Laila, 18. Jelas, ada rasa cinta melalui anak mata Laila.
0 Response to "Drama Aku Yang Kau Gelar Isteri"
Catat Ulasan