Khamis, 22 April 2021

Drama Masih Ada Rindu TV3

 Drama Masih Ada Rindu TV3


Drama  yang berjudul 'Masih Ada Rindu' diinspirasikan daripada novel karya Mimie Afinie. Menampilkan gandingan Farid kamil dan Mimi Lana. Diarahkan oleh Osman Ali. Bakal bersiaran di slot Akasia TV3. 

JUDUL : MASIH ADA RINDU

EPISOD : 16

TARIKH TAYANGAN : Jun 2021

WAKTU SIARAN :  Isnin-Jumaat, 7:00 malam

SIARAN TV : Slot Akasia TV3

PENULIS NOVEL : Mimie Afini

PENULIS SKRIP : Naza Manas

PENGARAH : Osman Ali

PRODUKSI : Nuansa Sdn Bhd

PELAKON : Farid kamil, Mimi Lana, Halim Radzi, Dayang Areeda, Kuna Muzani, Rahim Jailani, Aleza Shadan, Fahmi Reza, Aishah Ilias, Sri Idrina, Nurulazia 

WATAK PELAKON 

Farid kamil sebagai Hadi

Mimi Lana sebagai Nurul Syafika

Halim Radzi sebagai Imran

Dayang Areeda sebagai Nasya

Fahmi Reza sebagai Badrul

Aishah Ilias sebagai Syazwani

Kuna Muzani sebagai Zaleha

SINOPSIS MASIH ADA RINDU

Drama Masih Ada Rindu menceritakan bahwa Nurul Syafika mendirikan rumahtangga bersama Lukman Hakim walaupun mendapat tentangan daripada ibunya, Zaleha. Namun kebahagian  mereka hanya sekejap, Hakim pergi  meninggalkan Syafika buat selamanya. Tanpa diduga, selepas pemergian Hakim barulah Syafika menyedari dirinya berbadan dua. 

Kelahiran Luqman Adam membuatkan hidup Syafika lebih bermakna. Kegembiraan ini dikongsi bersama ibu dan ayah mertuanya dan Luqman Hadi yang telah jatuh cinta pada adik iparnya itu.

Hadi menyatakan perasaan kepada Syafika. Namun, Syafika masih belum pasti perasaannya sendiri kerana cintanya terhadap Hakim terlalu mendalam. 

Suatu kejadian membuatkan Syafika mula menjarakkan diri dari Hadi.

Share on Facebook
Share on Twitter
Share on Google+

Related : Drama Masih Ada Rindu TV3

0 komentar:

Catat Ulasan