Drama Diva Popular

 Drama Diva Popular


Drama bersiri 'Diva Popular' menampilkan lakonan Tiz Zaqyah, Nabila Huda, Erma Fatima, Ogy Ahmad Daud, Ben Amir dan ramai lagi. Drama 21 episod arahan Rashid Sibir, terbitan Rumah Karya Citra. Saksikan Diva Popular, setiap Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam di Awesome TV saluran 123, Astro dan saluran 112, MyTV.


JUDUL : DIVA POPULAR

EPISOD : 21

TARIKH TAYANGAN : 17 Mei 2021

WAKTU SIARAN : Isnin-Jumaat, 7;00 malam

SIARAN TV : Awesome TV

PENGARAH : Rashid Sibir

PRODUKSI : Rumah Karya Citra

PELAKON : Tiz Zaqyah, Nabila Huda, Erma Fatima, Ogy Ahmad Daud, Kaka Azraff, Ben Amir, Ucop Dubsmash, Fazlina Ahmad Daud, Iqram Dinzly, Azwan Ali, Nasz Sally, Zee Zainal, Ashraf Jamaludin, Amir Nafis, Jabir Meftah, Ellie Suriaty, Zul Ariffin, Syafiq Kyle


WATAK PELAKON 

Tiz Zaqyah sebagai Ika Natelia

Nabila Huda sebagai Erma Erika

Fauziah Ahmad Daud sebagai Lola Kartika

Erma Fatima sebagai Datuk Rona

Kaka Azraff sebagai Wawa

Ben Amir sebagai Shazwan

Iqram Dinzly sebagai Shazzy

Syafiq Kyle sebagai Engku Emran


SINOPSIS DIVA POPULAR

Drama Diva Popular menceritakan Erma Erika mempunyai ramai pengikut di sosial media. Dia digambarkan pelakon kayu yang tidak berbakat dan masa sama bergelar Youtuber dengan suara ke laut. Ika Natelia pula pernah merangkul anugerah berpaksikan popular dan mahu menjadi pelakon terbaik. Malangnya, Ika Natelia jenis tak berdisiplin dan dalam masa sama hanyut bercinta dengan Shazwan. Menjadi lebih 'malapetaka' apabila Lola Kartika dan Datuk Rona masuk campur dengan kekecohan melanda anak mereka.

Episod 1

Selesai menandatangani kontrak, Erma Erika dan Primadona Rona Alfonso mengambil gambar bersama Syazwan untuk dimuat naik di media sosial. Tetapi, Syazwan menjadi serba salah kerana dia belum memberitahu hal sebenar pada Ika Natalia yang berangan-angan untuk berganding dengannya dalam drama tersebut.

Episod 2

Ekoran laporan negatif media hiburan terhadap anaknya, Ika Natalia maka Primadona Lola Kartika telah menyerbu pejabat wartawan hiburan. Setelah dia berulang kali mengugut untuk membakar pejabat itu, Ketua Wartaman muncul mententeramkannya.

Episod 3

Ketua Wartawan, Odah menyuruh Didi menulis berita sensasi mengenai persaingan dua orang artis iaitu Ika Natalia dan Erma Erika. Odah pernah diberikan amaran oleh ibu Ika, Primadona Lola Kartika.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Diva Popular"

Catat Ulasan