Drama Roti Cicah Susu
Drama yang diadaptasi novel 'Roti Cicah Susu' karya Liza Nur akan mengisi slot Megadrama di Astro Ria. Sebuah drama terbitan JS Pictures, arahan Azman Hj Yahya.
JUDUL : ROTI CICAH SUSU
EPISOD : -
TARIKH TAYANGAN : -
WAKTU SIARAN : Isnin-Khamis, 10:00 malam
RANGKAIAN : Astro Ria - Megadrama
PENULIS NOVEL : Liza Nur
PENGARAH : Azman Hj Yahya, Sheila Rusly
PRODUKSI : JS Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Haneesya Hanee, Farahdhiya, Aida Aris, Safwan Nazri, Syazuwan Hassan, Afifah Nasir, Sharifah Shahora, Riezman Khuzaimi, Hazeeq Dean, Fad Anuar
WATAK PELAKON DRAMA ROTI CICAH SUSU
Haneesya Hanee sebagai Umaira
Farahdhiya sebagai Arissa
Aida Aris sebagai Ratna
Sharifah Shahora sebagai Puan Markissa
Safwan Nazri sebagai Lutfi
Afifah Nasir sebagai Hernani
SINOPSIS ROTI CICAH SUSU
Drama Roti Cicah Susu menceritakan Umaira (Mai) dibesarkan bersama Elmiyya (Elmy), Arissa (Aris) dan Aiman (Ayim) di sebuah rumah kebajikan, Teratak Markissa. Sebelum dewasa, Teratak Markissa musnah angkara Geng Tengkorak. Mereka semuanya berpisah. Mai terpaksa tinggal bersama si kaki dera. Ayim diserahkan kepada Haidar, konco kanan Geng Terkorak. Walaupun bergelar penjenayah, Ayim benci pada keganasan dan sikap kejam Haidar. Hobinya adalah membaca novel-novel cinta hasil karya Widad Qameela. Pertemuan Widad dan Ayim di dalam penerbangan ke Malaysia telah membawa kejutan. Widad rupa-rupanya adalah Mai, si comot berhingus yang pernah bergerak bagaikan kembar siam dengannya dulu. Bagaimana pula dengan rakan-rakan lama mereka yang lain?
0 Response to "Drama Roti Cicah Susu"
Catat Ulasan