Filem Sempena Kongsi Raya

Filem sempena Tahun Baru Cina yang bertajuk Kongsi Raya arahan Teddy Chin akan menjengah pawagam di seluruh tanah air pada 3 Februari ini.



Kongsi Raya

Genre: Komedi, Romantik

Tarikh Tayangan: 3 Februari 2022

Pengarah: Teddy Chin

Produksi: 555 Filem Sdn Bhd

Pelakon: Qasrina Karim, Wilson Lee, Harith Iskander, Erra Fazira, Chew Kin Wah, Ong Ai Leng, Teddy Chin


Lagu Tema

Alvin Chong & Shalma Eliana - Sepenuh Jiwa  


Sinopsis Filem Kongsi Raya

Seorang gadis berbangsa Melayu dan seorang chef berbangsa Cina sedang bercinta. Namun, mereka harus sama-sama mengatasi perbezaan budaya antara keluarga mereka.


Usaha mereka tidak membuahkan hasil apabila bapa mereka bersaing dalam satu pertandingan memasak di TV.


Jack, seorang pengurus chef berbangsa Cina manakala Sharifah pula adalah penerbit rancangan TV. Namun, ayah Jack tidak merestui hubungan mereka.


Keadaan semakin parah apabila kedua-dua keluarga saling mencabar antara satu sama lain dalam rancangan memasak di TV.


Jack dan Shariah harus mencari jalan penyelesaian sebelum keadaan semakin buruk. Mujur ibu mereka berfikiran terbuka dan menasihati keluarga mereka untuk saling memahami dan menghormati budaya masing-masing.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Filem Sempena Kongsi Raya"

Catat Ulasan