Telefilem Semua Tentang Kita

Telefilem Semua Tentang Kita merupakan sebuah kisah realiti kehidupan semasa berada di fasa pandemik Covid-19 pada Jumaat ini jam 10 malam.



Semua Tentang Kita

Waktu Siaran: 28 Januari 2022, 10:00 malam 

Rangkaian: TV3

Pengarah: Riza Baharudin

Produksi: A. Aida Production Sdn Bhd

Pelakon: Syafie Naswip, Jalaludin Hassan, Edika Yusof, Vanidah Imran, Anna Jobling, Doria Rachel Jolly, Aida Khalida, Anne Arifin, Kamarul Eqifshah, Kodi Rasheed

Sinopsis Telefilem Semua Tentang Kita

Telefilem Semua Tentang Kita Mengisahkan gelagat masyarakat Malaysia yang berhadapan dengan dugaan pandemik Covid-19. Amir telah mencari jalan mudah untuk meloloskan diri balik ke kampung. Selepas pulang dari kampung, Amir panik kerana didapati positif Covid-19. Teman serumah dan ibu bapa di kampung turut berjangkit. Hairi dan Zeera dalam proses ingin bercerai kerana sudah tidak serasai. Mereka terpaksa berkurung di rumah bersama anak lelaki mereka, Ery kerana PKPD. Mereka sering bergaduh manakala Ery cuba untuk menyatukan mereka semula. Rosa dan Jasmine merupakan pramugari sebelum zaman pandemik. Akibat dibuang kerja, mereka terdesak dan mencuba nasib untuk meniaga makanan di tepi jalan.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Telefilem Semua Tentang Kita"

Catat Ulasan