jaga-jaga senariounion - senarai drama adaptasi novel

jaga-jaga senariounion

 

jaga-jaga senario union, jaga jaga senariounion, jaga jaga senario union, b-jaga, jaga-jaga, di jaga dan lena chord, lagu jaga-jaga

Jaga-jaga senariounion merupakan sekumpulan komedian otai tanah air, Senario kembali membuat comeback selepas lebih sedekad menerusi filem Jaga-Jaga Senariounion. Kumpulan Senario bukan satu nama asing dalam dunia komedi tempatan. Mereka juga tidak sahaja mencipta fenomena luar biasa di platform televisyen menerusi ‘punchline’ yang menghiburkan serta melalui deretan lagu-lagu yang menguasai platform radio ketika itu, tetapi turut menggegarkan dunia perfileman Malaysia mereka melalui filem-filem box office suatu masa dahulu. Jadi, kemunculan semula ahli Senario yang mengumpulkan semula buat pertama kali gandingan Azlee, Saiful Apek, Wahid, Yassin, Hamdan dan Illya sememangnya bakal mengubat rindu buat peminat serta penonton. Bukan itu sahaja, filem arahan Aziz M Osman ini turut mengembalikan wajah-wajah yang pernah mewarnai filem-filem Senario terdahulu, seperti Syanie Hisham, Mas Said, Badrolshah, Bobby Kiran serta pelakon baru, Amm Raja Lawak dan Nur Farisha Amira.

Penceritaan dan perjalanan plot filem ini mengangkat subjek yang sangat dekat dengan masyarakat iaitu kenduri kahwin. Kisahnya bermula di hari majlis pernikahan anak Dato Hamdan dan Azlee, di mana keluarga Dato Hamdan telah disamun ketika dalam perjalanan ke rumah bakal besannya. Apa yang peliknya, perompak-perompak tersebut hanya merompak barang-barang hantaran sahaja. Setibanya di rumah pengantin, setiap seorang daripada mereka tidak kira keluarga pengantin lelaki atau pengantin perempuan telah disyaki merancang untuk sabotaj majlis tersebut. Semuanya menjadi teka-teki.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Jaga-Jaga Senariounion di Astro First bermula 21 April 2022. Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand.


Jaga-Jaga Senariounion

Genre: Komedi

Tarikh Tayangan: 21 April 2022

Rangkaian: Astro First 480

Pengarah: Aziz M. Osman

Produksi: Botak Production Management Sdn Bhd

Pelakon: Azlee, Saiful Apek, Wahid, Yassin, Hamdan, Ilya, 


Watak Pelakon jaga-jaga senariounion

Mohd Azlee bin Jaafar sebagai Azlee 

Illya Buang bin Shaharum sebagai Tok Kadi 

Mohd Saiful Azam bin Mohamed Yusoff sebagai Saiful 

Abdul Wahid bin Mohd sebagai Wahid 

Yassin bin Yahya sebagai Yassin 

Ahmad Hamdan bin Mohamed Ramli sebagai Dato Hamdan 

Nur Farisha Amira binti Aslan sebagai Zila 

Mas Said bin Abdul Ghani sebagai Prono 

Badrolshah bin Abdul Manan sebagai Bala 

Syaniza binti Hisham sebagai Syanie 

Aman Shah bin Asri sebagai Amen 

Siti Nora binti Sukiran sebagai Nora


Lagu jaga-jaga senariounion

Tajuk: Yang Bertakhta Akhirnya

Penyanyi: M. Nasir

Penulis Lirik: Mohd Nasir Mohamed

Warner Chappell Music Malaysia Sdn Bhd

Sony Music Entertainment Malaysia Sdn Bhd 


Tajuk: Musim Kenduri Kahwin

Komposer: Illya Buang

Lirik & Nyanyian: Senario


Tajuk: Tralala Joget

Bintang Malaya Hawaiian Band

Emi Colombia 33es 306

The Gramophone Company Ltd


Sinopsis Jaga-Jaga Senariounion

jaga-jaga senariounion menceritakan keluarga dan sahabat handai Datuk Hamdan berkumpul untuk pengiring bakal pengantin - Amen (anak Datuk Hamdan) untuk acara akad nikah di rumah pengantin perempuan. Sebanyak 9 dulang hantaran bernilai RM50 ribu dibawa oleh pengiring.


Ketika dalam perjalanan, tiba tiba kereta rombongan diserang perompak dan kesemua dulang hantaran telah disamun. Akhirnya rombongan Datuk Hamdan tiba dirumah pengantin perempuan dengan tangan kosong. Ibu pengantin perempuan - Syanie curiga dengan insiden tersebut dan bertegas untuk membatalkan acara akad nikah. Ketegangan berlaku.


Muncul Saiful, seorang penyiasat insuran mengesyaki ada unsur sabotaj disebalik tragedi ini. Dia menghimpunkan kesemua mereka yang berkenaan.


Dengan kebijaksaan, Saiful menyoal siasat kesemua mereka untuk mencari dalang yang sebenar. Siapakah yang merancang mencuri dulang hantaran dan kenapa?

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "jaga-jaga senariounion"

Catat Ulasan