Filem Rajawali

 

filem karya arahan Allahyarham Mamat Khalid bersama S. Amin Shahab menggabungkan elemen kehidupan dalam arus teknologi dan ilmu kebatinan. Filem Rajawali bersiaran mulai 21 Mei 2022 di Astro First, saluran 408, Astro Go atau On Demand.

Filem Rajawali

Tarikh Tayangan: 21 Mei 2022

Rangkaian: Astro First 408, Astro Go, Astro On Demand

Penulis Skrip: Mamat Khalid

Pengarah: Mamat Khalid & S. Amin Shahab

Produksi: Muradijaya Sdn Bhd


Watak Pelakon Filem Rajawali

Faizal Hussein sebagai Abang Long

Dato M. Nasir sebagai Komang

Umarul Mahdzar sebagai Arwin

Wan Hanafi Wan Su sebagai Tok Wan

Siti Saleha sebagai Maya

Razali Hussain sebagai Harun

Bil Azali sebagai Shahrul

Yaya Maembong sebagai Meena


Tajuk Lagu: Pertama - Extrimis 

Lagu: Iskandar, Ayep

Lirik : Ayep


Sinopsis Filem Rajawali

Filem Rajawali mempunyai kisah tentang Sekumpulan penggodam yang diketuai Maya, Harun dan Shahrul berjaya memecah sistem institusi kewangan dan menipu berjuta-juta ringgit dari akaun tidak aktif. Komang yang kejam dan tidak berperikemanusiaan merekrut dan mengugut mereka agar melengkapkan misteri program komputer yang dipegangnya sekian lama. Diselamatkan Abang Long yang memiliki pengetahuan luas mengenai Silat, mereka merungkai misteri itu.


Seorang programmer yang bernama Arwin (Umarul Mahdzar Embong) telah mencipta ritual pemujaan ilmu hitam melalui sistem pengaturcaraan digital untuk membolehkan dia meningkatkan keampuhan seni mempertahankan diri dan ilmu kebatinan yang dipelajarinya. Sahabat seperguruannya iaitu Komang (M.Nasir) diamanahkan oleh guru mereka Tok Wan (Wan Hanafi Wan Su) untuk menyelamatkan Arwin. Pertarungan yang berlaku diantara Komang dan Arwin memaksa Abang Long (Faizal Hussein) memikul beban dan tanggungjawab yang diserahkan oleh Tok Wan untuk menghapuskan penaklukan ilmu hitam itu. Apakah hubungan diantara Abang Long dan Komang sehingga Abang Long sanggup menggadaikan nyawa demi menyelamatkan Komang?

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

  • Filem Tilam Perca akan datang di Astro First Filem Tilam Perca arahan Rashid Sibir akan datang di Astro First saluran 480 pada 3 Disember 2022.Tilam PercaTarikh Tayangan di Astro … Read More...
  • Filem Rajawali filem karya arahan Allahyarham Mamat Khalid bersama S. Amin Shahab menggabungkan elemen kehidupan dalam arus teknologi dan ilmu kebati… Read More...
  • Filem Cikgu VS Hantu Filem komedi seram yang bertajuk Cikgu VS Hantu yang merupakan arahan Liyana Jasmay bakal ditayangkan di Astro First saluran 480 bermu… Read More...
  • Filem Gui di Astro FirstSupertele GUI arahan Asri Bayu ditayangkan Di Pawagam Rumah Anda, Astro First bermula 8 Jun 2023.Filem Gui di Astro FirstGenre: Komedi Seram… Read More...
  • Telefilem MisiTelefilem MisiTelefilem aksi yang merupakan hasil arahan anak Sarawak, MISI, akan datang di Astro First saluran 480 pada 15 September 2022.T… Read More...

0 Response to "Filem Rajawali"

Catat Ulasan