TRENDING !!! Drama Melur Untuk Firdaus TV3

 TRENDING !!! Drama Melur Untuk Firdaus TV3


Drama Melur Untuk Firdaus yang diadaptasi dari novel My 'Rude' Wife karya Cik Nor Cinta bakal tayang di slot Lestary TV3 bermula 27 Mei ini. Diterbitkan oleh A-Ten Alliance, dibawah arahan Zamri Zakaria, mempertemukan gadingan pelakon utama Meerqeen dan Anna Jobling. Drama Melur Untuk Firdaus disiarkan di TV3 setiap Rabu hingga Sabtu pukul 9.00 malam. Juga boleh ditonton di platform penstriman Disney+ Hotstar.

TAJUK DRAMA Melur Untuk Firdaus

Episod: 28

Tarikh Tayangan: 27 Mei 2022

Waktu Siaran: Rabu-Sabtu, 9.00 malam

Rangkaian: Lestary TV3 / Disney+ Hotstar

Penulis Novel: Cik Nor Cinta

Penulis Skrip: Wan Mahani Wan Hasan

Pengarah: Zamri Zakaria

Produksi: A-Ten Alliance Sdn Bhd


Watak Pelakon Drama Melur Untuk Firdaus

Meerqeen sebagai Firdaus Iskandar

Anna Jobling sebagai Melur

Fimie Don sebagai Haris

Nesa Idrus sebagai Dee (Deana Rahilia)

Taib Zamannuri sebagai Raykal

Haleeda Mazlin sebagai Rohana

Zainon Ismail sebagai Nasaruddin

Tengku Sariza Tengku Muzaani sebagai Kamariah

Azhar Amir sebagai Kamarul

Hairi Safwan sebagai Zain

Hani Nazrina sebagai Lily

Farah Zanordin sebagai Dewi 

Sabrina Sharleen Sugiman sebagai Rania

Zac Zaky sebagai Hafiz

Qaseh Qhairiena sebagai Damia

Nazry Sahar sebagai Rasyid

Fatin Nur Azreen sebagai Maya

Crystalline Vyonne sebagai Iman 

Bella sebagai Sally

Farisha Saidi sebagai Badaria


Lagu Tema (OST) Drama Melur Untuk Firdaus

Duka Disebalik Tawa - Puteri Khareeza


Sinopsis Drama Melur Untuk Firdaus

Drama Melur Untuk Firdaus menceritakan sosok Ibu bapa Firdaus Iskandar mahu dia berkahwin dengan Melur. Bagaimanapun, dia menentang perkahwinan itu kerana dia sudah mempunyai teman wanita bernama Dee. Ibu bapanya kemudian memberinya masa 48 jam untuk mendapatkan Dee mengahwininya. Bagaimanapun, Dee belum bersedia untuk terikat. Melur sebenarnya mempunyai perasaan terhadap Firdaus dan sedih apabila mengetahui Firdaus tidak merasakan perkara yang sama. Namun dia sedaya upaya untuk memikat hatinya malah meletakkan 7 syarat yang perlu Firdaus patuhi agar Melur tidak mengganggu hubungannya dengan Dee.

Sinopsis Novel My Rude Wife

Rude? Bukan biadab. Bukan juga kasar. Tapi selamba.


Kahwin paksa? Itu mungkin cerita klise tetapi, bila dapat seorang isteri yang selamba, itu bukan klise lagi!


Sikap selamba Melur itulah yang membuatkan sikap jual mahal Firdaus surut perlahan-lahan.


Sikap selamba Melur itu jugalah yang telah mematahkan ego lelaki itu dan mula menyayanginya.


Namun, kesetiaan Firdaus terhadap Dee tidak juga goyah dan itulah yang membuatkan Melur pergi bersama hati yang kecewa.


“Abang kenalkan Diana, girlfriend abang.” - Firdaus


“Ooo... inilah Diana? What a pleasant surprise! Terujanya saya dapat jumpa Cik Diana.” - Melur


“I, Diana Rahila. Girlfriend Firdaus Iskandar.” - Dee


“I pula, Tengku Adriana Zulaika. Isteri kepada Firdaus Iskandar.” – Melur


Dengan adanya Harris Daniel di sisinya, mampukah Melur menyayangi Firdaus seperti dahulu?


“Tiga tahun bersama awak adalah momen-momen terindah buat saya. Malah, saya sanggup bayar untuk tahun-tahun seterusnya agar saya dapat terus bersama awak.” - Harris


Dan mampukah Firdaus membawa Melur pulang ke sisinya semula?

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "TRENDING !!! Drama Melur Untuk Firdaus TV3"

Catat Ulasan