Drama Jodohku Babysitter Astro Ria

 

Drama yang diadaptasi dari novel Jodohku Babysitter karya Nureen Ahmad akan mula ditayangkan setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran Astro Ria. Drama Jodohku Babysitter yang diarahkan oleh Hadith Omar, dibintangi Aliff Aziz, Intan Najuwa, Yuna Rahim, Ellyas Abdullah dan ramai lagi.

Jodohku Babysitter

Episod: 20

Tarikh Tayangan: 6 Julai 2022

Waktu Siaran: Isnin–Khamis, 10 malam

Rangkaian: MegaDrama Astro Ria

Penulis Skrip: Panel Kotak Cerita

Pengarah: Hadith Omar

Produksi: Juita Viden Sdn Bhd

Pelakon Drama Jodohku Babysitter: Aliff Aziz, Intan Najuwa, Yuna Rahim, Ellyas Abdullah, Natasha Elyzza, Sharifah Shahora, Natasha Nazira, Isaac Iman, Nina Juren, Sharifah Shahora, Kim Fuzakawa, Sharifah Fathimah Hawra, Rahman Hamid, PS Mansur


Watak Pelakon Drama Jodohku Babysitter

Aliff Aziz sebagai Adam Farhan

Intan Najuwa sebagai Adelia Faranisa

Yuna Rahim sebagai Atikah

Ellyas Abdullah sebagai Amri

Aleza Shadan sebagai Puan Sri Kirana

Isaac Iman sebagai Adib

Natasha Nazira sebagai Airisya


Lagu OST 

Tetap Disini - Bella Astillah & Aliff Aziz


Sinopsis Drama Jodohku Babysitter

Drama Jodohku Babysitter berkutit tentang Adam duda anak tiga setelah bercerai dengan bekas isterinya, Ika yang curang dengan kawan baik Adam iaitu Amri. Sedih dan sakit hati dengan bekas isterinya, Adam bercadang tidak jatuh cinta lagi dengan perempuan lain tetapi kehadiran Adel yang menjadi pengasuh kepada anak-anaknya telah merawat luka dihati Adam dan anak-anaknya. 


Cinta pandang pertama? Karut!

Bagi Adam untuk jatuh cinta buat kali kedua itu sangat mustahil. Namun, tak siapa menduga, Adam akan terpaut hati pada babysitter anak-anaknya sendiri. Babysitter tomboy pula tu. Limited editoin!

"Walaweh, ni rumah ke zoo?" - Adel

"What? Zoo? Amboi baru mula kerja dah nak membawang?" - Adam

Adel benci bila sering dibuli oleh Adam. Hendak melawan lebih-lebih, bimbang dipecat pula. Penat sudah untuk dia bertukar ganti kerja. Akhirnya, Adel terpaksa merelakan saja sikap sewel Adam itu.

"Garangnya bibik. awak tertelan sarang terbuan ke apa ni? Marah sangat." - Adam

"Encik ni memanglah, wayar putus." - Adel

Kuasa Allah tiada siapa dapat menyangkal. Daripada perasaan benci, kini perasaan itu berbalik menjadi cinta. Dalam mereka menghintung hari untuk disatukan, Adel mula curiga dengan perubahan Adam. Namun, Adam pantas memujuk. Membuatkan hati Adel kembali sejuk.

Mahligai yang terbina, awalnya sangat membahagiakan. Sehinggalah 'satu rahsia' yang menjadi tanda tanya dan titik permulaan curiga Adel terhadap Adam.


Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Drama Jodohku Babysitter Astro Ria"

Catat Ulasan