Drama Special Force Anarchy

Drama Special Force Anarchy

Disney+ Hotstar mengumumkan siri original pertama dari Malaysia “Special Force: Anarchy” diinspirasikan oleh filem aksi popular 2018 Malaysia, 'KL Special Force', drama siri aksi terbaharu ini diterbitkan oleh Skop Production, di bawah arahan Syafiq Yusof dan dibintangi oleh barisan artis tersohor, Puteri Aishah, Dato’ M. Nasir dan Yusuf Bahrin.

Special Force Anarchy
Episod: 8
Tarikh Tayangan: 2022
Rangkaian: Disney+ Hotstar
Skrip: June Tan & Nazri Vovinski
Pengarah: Syafiq Yusof
Produksi: Skop Productions Sdn Bhd
Pelakon: Puteri Aishah, Dato’ M. Nasir, Yusuf Bahrin, Steve Yap, Dynas Mokhtar, Theebaan G, Fify Azmi, Chacha Maembong, Elizabeth Tan, Johan As’ari, Daniella Sya

Sinopsis Special Force Anarchy
Drama Special Force Anarchy Mengikuti perjalanan Iman (Puteri Aishah), seorang pegawai polis muda, bersemangat tinggi, dari sebuah negara fiksyen, Tenggara.

Tanpa diduga, siasatan yang dilakukan terhadap satu rompakan bank terancang, bukan sahaja telah mempertemukannya dengan kumpulan bawah tanah berbahaya, tetapi juga telah membuka sebuah rahsia besar yang mampu mengubah segalanya!

Sebagai seorang pegawai polis cemerlang yang serba boleh, Iman direkrut untuk menyertai satu pasukan anti-rasuah elit khas yang diketuai oleh bapanya sendiri, Komander Qabil (Hasnul Rahmat).

Ditubuhkan khas untuk menyelesaikan kes jenayah paling berbahaya, penyertaan Iman telah membantu pasukan itu membongkar rancangan rompakan di Bank Tenggara oleh geng penjenayah ganas yang dikenali sebagai Azazel. Kumpulan pengganas ini diketuai oleh seorang lelaki bernama Umar (Dato’ M. Nasir).

Di tengah konflik persengketaan itu, Iman terperangkap dengan kebuntuan apabila berdepan dengan sebuah pendedahan mengejutkan. Iman kini dipaksa untuk membuat pilihan yang mustahil.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

  • Drama Tarik Aku Ke SyurgaDrama Tarik Aku Ke Syurga terbitan Creative Skill Solution terinspirasi dari novel Tarik Daku Ke Syurga karya Haitun Kamarazaman. Menampilka… Read More...
  • The Maid 2 The Maid 2Drama bersiri popular terbitan Gempak (Gempak Originals Series), The Maid bakal menemui pengikut setianya untuk musim kedua … Read More...
  • Drama Rampas Cintaku DRAMA MALAYSIA-Drama Rampas Cintaku bakal dibintangi oleh Afieq Shazwan, Fasha Sandha dan Zarul Husin akan disiarkan di platform penst… Read More...
  • Drama Hantu Raya Pergi Perang Drama Hantu Raya Pergi PerangSiri Original kedua Sooka, Hantu Raya Pergi Perang adalah drama komedi-seram yang memaparkan kisah masyar… Read More...
  • Drama Special Force AnarchyDrama Special Force AnarchyDisney+ Hotstar mengumumkan siri original pertama dari Malaysia “Special Force: Anarchy” diinspirasikan oleh file… Read More...

0 Response to "Drama Special Force Anarchy"

Catat Ulasan