Filem Musyrik

 

Filem Musyrik - Api Neraka Menantimu! bakalan diterbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd menampilkan barisan pelakon popular seperti Ariel Zafrel, Ruhainies dan Ashraf Muslim selaku teraju utamanya. Filem seram ini diarahkan oleh Arjin Uppal, mula ditayangkan di pawagam seluruh tanah air bermula 7 Julai ini.


Musyrik - Api Neraka Menantimu

Tarikh Tayangan: 7 Julai 2022

Pengarah: Arjin Uppal

Produksi: White Merpati Entertainment Sdn Bhd 

Pelakon: Ariel Zafrel, Ruhainies, Ashraf Muslim, Aishah Ilias, Qaseh Shuhada, Arwan Umar, Neera Azizi


Sinopsis Filem Musyrik Api Neraka Menantimu

Filem Musyrik Api Neraka Menantimu mengisahkan tentang Aril (Aeril Zafrel) yang mempunyai sikap mudah panas baran terutama sekali apabila perniagaanya ditimpa masalah berpunca daripada orang kepercayaanya sendiri. Dan juga dia menyalahkan anaknya, Puteri (Qaseh Shuhada) yang dikatakan membawa sial kepada keluarganya.


Rumah tangga Aril mula menjadi porak-peranda apabila dia dipengaruhi oleh satu entiti jahat yang telah “dihantar” oleh seseorang untuk membalas dendam. Pengaruh entiti jahat ini terlalu kuat sehingga Aril tergamak bertindak di luar kawalan dan mengancam nyawa isterinya, Wati (Aishah lilias) dan anaknya, Puteri. Adik Aril, Farah (Ruhainies) turut dengan tidak sengaja terbabit dengan gangguan entiti jahat apabila dia datang melawat anak buah kesayangannya, Puteri.


Farah meminta pertolongan daripada Ustaz Akasyah (Ashraf Muslim) kerana dia mengesyaki sesuatu yang pelik sedang berlaku di dalam keluarga abangnya. Dengan tidak sangka, Farah turut dirasuk oleh entiti jahat apabila Ustaz Akasyah cuba untuk menolongnya!  


Dari manakah datangnya entiti jahat ini? Siapakah yang menghantarnya? Mengapakah Aril dan keluarganya, termasuk adiknya Farah diganggu?  Sedikit demi sedikt, misteri gangguan itu dirungkaikan dengan penuh kejutan dan kejadian ngeri! 

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

  • Filem Jangan Pandang Belakang 2Selepas 17 tahun menggegarkan tanah air, filem seram ikonik kini kembali menghantui layar perak. Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Us… Read More...
  • Filem Geng JinFilem komedi seram 'Geng Jin' di Astro First saluran 480, On Demand Store atau boleh disewa di aplikasi MyAstro dan Sooka.Filem Geng JinTari… Read More...
  • Filem Emp4tFilem seram, 'Emp4t' terbitan Lomo Pictures arahan bersama Ayez Shaukat dan Silver Yee akan ditayangkan di pawagam mulai 16 Januari 2025.Emp… Read More...
  • Filem Abah Saya Uncle MikeKolaborasi antara Astro Shaw dan Etika Sdn. Perusahaan terbatas ini telah meluncurkan rilisan terbarunya, "Aba Saya, Paman Mike", bertepatan… Read More...
  • Filem Dongeng Sang KancilFilem animasi terbaharu terbitan Les' Copaque Production, Dongeng Sang Kancil akan mula ditayangkan di pawagam Malaysia pada 26 Disember 202… Read More...

0 Response to "Filem Musyrik"

Catat Ulasan