Drama AI.5YA Viu

Drama bersiri Viu Original terbaharu AI.5YA lakonan Zizan Razak, Mia Sara Shauki, Afdlin Shauki, Ozlynn Waty dan Elly Ariffin akan ditayangkan di platform Viu sebanyak 2 episod setiap minggu mulai 18 Ogos 2022, setiap hari Khamis.

AI.5YA

Episod: 10

Genre: Komedi, sci-fi

Tarikh Tayangan di Viu: 18 Ogos 2022

Skrip: Afdlin Shauki, Christina Orow

Pengarah: Aizam Syamsul Aksan, Afdlin Shauki

Produksi: Petra Vision Works


Watak Pelakon Drama AI.5YA Viu

Zizan Razak sebagai Jehan

Mia Sara Shauki sebagai AI.5YA

Dato Afdlin Shauki sebagai Dato Soffaruddin Al Sogud

Ozlynn Waty sebagai Jasmine

Faradhiya sebagai Tok Da

Elly Ariffin sebagai Maya

Khir Rahman sebagai Pak Mail

Ako Mustapha sebagai Fairuz

Ian Haziq sebagai AI.M4N

Emma Sofea sebagai Iman


Sinopsis Drama AI.5YA Viu

Drama AI.5YA Viu mengisahkan sosok yang bernama Jehan, seorang pencipta kandungan yang kehilangan pembantunya kerana aksi prank yang melampaui batas. Sebagai ganti, Dato’ Soffar, pemberi dana untuk Jehan telah mengaturkan pemberian robot android serba boleh bagi membantu kerja-kerja penggambaran.


Namun Jehan menerima sebuah android peneman bernama AI.5YA yang tertukar secara tidak sengaja dengan android pembikin filem (AI.M4N) yang dipesannya. Jehan terpaksa menukar fungsi android peneman yang disalah hantar kepadanya untuk menjadi kru penggambaran yang serba boleh.


Walau bagaimanapun, apabila videonya yang dibintangi AI.5YA menjadi tular, Jehan mendapati dia perlu merahsiakan identitinya dari peminat dan Maya.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Drama AI.5YA Viu"

Catat Ulasan