Drama Kau vs Aku

Drama Kau vs Aku diinspirasikan daripada webnovel Wattpad popular hasil sentuhan penulis, Nurul Husnina Binti Mockthar yang mencatatkan lebih 2 juta bacaan di platform tersebut. Siri ini juga akan menampilkan integrasi PUBG MOBILE dalam plot kisah cinta yang dipaparkan sebagai penggalak berputiknya cinta antara dua watak Kau vs Aku, yang dimainkan oleh Chubb-E dan Mia Sara Shauki.



Episod pertama untuk siri Kau vs Aku ini boleh ditonton secara percuma di Sooka bermula pada 19 Ogos. Penonton boleh mengikuti episod seterusnya dengan melanggan pelan langganan mudah alih sooka - pelan VIP Entertainment pada harga RM15.90/bulan, atau pelan VIP TV pada harga RM42.50 sebulan.

Siri Kau vs Aku diarahkan oleh tiga pengarah Shamyl Othman (pengarah Ex Aku Pontianak dan Gantung), Megat Shahrizal (pengarah Jibril) dan Siti Afizah (pengarah Sa-balik Baju) dan menampilkan barisan pelakon yang sedang meningkat naik seperti Dini Schatzmann, Shasha Abedul, Mia Sara Shauki, Chubb-E dan Atikah Suhaime.

Kau vs Aku

Episod: 8

Tarikh Tayangan: 19 Ogos 2022

Skrip: Anwar Hadi, Farah Alya As'ari, Afiza Asram

Pengarah: Shamyl Othman, Megat Shahrizal, Siti Afizah

Produksi: Wattpad WEBTOON Studios


Watak Pelakon Drama Kau vs Aku

Shasha Abedul sebagai Aulia Zulaikha

Dini Schatzmann sebagai Danish Aryan

Mia Sara Shauki sebagai Shanina

Chubb-E sebagai Zafran (Zhaf)

Arena Wan sebaga Syafikah

Imran Aqil sebagai Ashraf

Fimie Don sebagai Luqman

Atikah Suhaimie sebagai Hanniya

Marisa Yasmin sebagai Puan Shikin

Arash Mohamad sebagai Encik Ridhuan

Hafidz Roshdi sebagai Emir

Emelda Rosemila sebagai Puan Emelda


Sinopsis Drama Kau vs Aku

Drama Kau vs Aku mengisahkan cinta penulis berbakat berusia 16 tahun yang hidupnya menjadi huru-hara apabila remaja popular di Instagram yang diminatinya, berpindah ke sekolahnya.

Dunia Aulia Zulaikha digoncangkan bila bertembung dengan 'influencer' yang dibencinya, Danish Aryan. Tapi bila bapanya mula mengatur masa depannya, Aulia melihat Danish sebagai jalan keluar. Adakah permusuhan remaja bakal berbunga menjadi cinta?

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Drama Kau vs Aku"

Catat Ulasan