Filem Kampung Latah The Mummy

Filem dengan gelagat komedi latah kembali dengan sekuel terbaru, Kampung Latah..The Mummy akan menemui penonton di Astro First, saluran 480 bermula bermula 25 Ogos 2022. 

Lebih menarik, selain mengembalikan teraju utama daripada prekuel, seperti pelakon Azhan Rani, Nazia Mustafar, Ieda Moin, PS Mansur, Din Latah dan Riezman Khuzaimi, Kampung Latah...The Mummy kali in turut membariskan pelakon terkenal tanah air seperti Adlin Aman Ramli, Bell Ngasri, Sharif Zero, Mamak Putih, Shashic Iewan, Acong Sweetchild, Jaafar Onn, Wanie Ooi, Souya, Along Kembo, Delimawati, Razak Ahmad, Sharwani Ns, Syuk Sahar, pempengaruh (influencer) Ilham Abata dan ramai lagi.

Terdahulu, filem yang pertama iaitu Kampung Latah Kena Kuarantin telah berjaya meraih kutipan lebih RM1 juta semasa tayangannya di Astro First pada tahun lalu. Bagi Kampung Latah...The Mummy menyaksikan jalan cerita kali ini berkonsepkan komedi seram. Filem terbaru ini turut mengembalikan pengarah daripada filem pertama iaitu Azizi Hj Adnan.


Kampung Latah...The Mummy

Genre: Komedi Fantasi

Tarikh Tayangan di Astro First: 25 Ogos 2022

Cerita Asal: Hazil Izham Ismail & Nazia Mustafar

Skrip: Azizi Hj Adnan & Ilham Abata

Pengarah: Azizi Hj Adnan

Produksi: Megapine (M) Sdn. Bhd.


Barisan Pelakon Filem Kampung Latah The Mummy

Azhan Rani sebagai Ajin

Nazia Mustafar sebagai Jamilah

Ieda Moin sebagai Eton

Ps Mansur sebagai Mansur

Din Latah sebagai Din

Adlin Aman Ramli sebagai Mummy

Bell Ngasri sebagai Abon

Sharif Zero sebagai B-boy

Mamak Putih sebagai Aaron

Riezman Khuzaimi sebagai Yb Hazil

Syuk Sahar sebagai Usin Markup

Shashic Iewan sebagai Syafiq Gagap

Acong Sweetchild sebagai Kontraktor Acong

Wanie Ooi sebagai Pontianak

Souya sebagai Pochong

Along Kembo sebagai Hantu Gigi

Delimawati sebagai Mak Kiah Janda

Razak Ahmad sebagai Ustaz

Ruzaidi Rahman sebagai Bomoh Jawa

Ann Abdullah sebagai Bomoh Nek Siam

Sharwani Ns sebagai Pm Shahrin

Dato’ Haris Embong sebagai Haji Aris

Ilham Abata sebagai Zack Vlogger

Draman Muhamad sebagai Pak Abu

Noriza Salleh sebagai Mak Esah

Khairul Akek sebagai Pakcik Basikal


Sinopsis Filem Kampung Latah The Mummy

Filem Kampung Latah The Mummy Kampung menyaksikan Kampung Latah kembali kecoh dengan gelagat penduduknya. Kisah bermula apabila kerja-kerja pembinaan untuk membina Kompleks Sukan Kampung Latah terhenti apabila pekerja kontrak terjumpa keranda ‘mummy’ dan apabila di buka ‘mummy’ tersebut bangkit lalu mengganggu penduduk. Seperti biasa, Ajin , Jamilah, Eton, Mansur dan Din terus melakukan sesuatu untuk menghalang kerja jahat mummy tersebut dengan pelbagai cara. Bertambah huru-hara apabila Jamilah didapati telah hilang.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Filem Kampung Latah The Mummy"

Catat Ulasan