Telefilem Selimut Merdeka TV3

Telefilem khas hari kemerdekaan, Selimut Merdeka pada 27 Ogos ini (Sabtu) pukul 10 malam di TV3.



Telefilem Selimut Merdeka TV3

Waktu Siaran: Sabtu, 27 Ogos 2022, 10:00 malam

Rangkaian: Cerekarama TV3

Penulis Skrip: Mama Bella

Pengarah: Heykal Hanifah

Produksi: Luqsar Kreatif Sdn. Bhd.

Pelakon: Dato Ahmad Tarmimi Siregar, Shahz Jaszle, Riz Amin, Wan Sharmila, Nurqistina Raishah, Fizz Fairuz, Faezah Elai, Ben Laden, Faiz Faitullah


Sinopsis Telefilem Selimut Merdeka TV3

Telefilem Selimut Merdeka TV3 mengisahkan sosok yang bernama Pak Merdeka dan Mak Asiah cuba untuk tidak membezakan kasih sayang antara anak angkatnya, Azim dan anak kandungnya, Zaki. Kini usia Pak Merdeka telah mencapai usia emas 59 tahun. Mak Asiah telah meninggal dunia namun pada hayatnya, Pak Merdeka mahu menghabiskan sisa hidupnya bersama anak-anak dan memilih untuk tinggal Zaki yang telah berumah tangga. Puas Azim memujuk meminta Pak Merdeka untuk tinggal bersamanya namun Pak Merdeka memberikan pelbagai alasan. Sedari kecil, Azim cuba untuk memenangi hati Pak Merdeka walaupun dia cuma anak angkat, dia ikhlas sayangkan Pak Merdeka namun entah mengapa Pak Merdeka tetap berkeras untuk tidak mahu tinggal bersamanya. 

Sebaliknya, dirumah anaknya sendiri, kehadiran Pak Merdeka pula tidak disukai oleh isteri Zaki, Sarah. Sarah tidak suka Pak Merdeka sering memakai bendera yang Pak Merdeka gelarkan sebagai selimut Merdeka dan menjaja cerita tentang betapa bangganya dia menjadi anak Merdeka kerana dia dilahirkan pada 31 Ogos. Bagi Sarah, perangai Pak Merdeka menjengkelkan.


Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "Telefilem Selimut Merdeka TV3"

Catat Ulasan