Senduk Swap, merupakan siri komedi kekeluargaan bakal ditayangkan pada 9 September setiap Jumaat, jam 3 petang di TA-DAA! (Astro saluran 612). Senduk Swap bakalan bersiaran sebanyak lapan episod dibarisi barisan pelakon seperti, Dato’ Sri Eizlan Yusof, Fatimah Abu Bakar, Qasrina Karim dan Emma Sofea.
Tajuk Senduk Swap
Episod: 8
Tarikh Tayangan: 9 September 2022
Waktu Siaran: Jumaat, 3:00 petang
Rangkaian: TA-DAA! (Astro saluran 612)
Pengarah: Jared Lee
Produksi: Grim Film
Pelakon Drama Senduk Swap: Dato’ Sri Eizlan Yusof, Fatimah Abu Bakar, Qasrina Karim, Emma Sofea, Chalani Ganeson, Izzrin Irfan, Sham Sunder Binwani
Sinopsis Drama Senduk Swap
Drama Senduk Swap mengisahkan sosok dua remaja, yaitu Ayu (Qasrina) dan Sofea (Emma) yang berasal dari dua latar belakang yang jauh berbeza. Ayu berasal dari kampung dan berazam untuk menjadi chef terkenal. Manakala Sofea, seorang fashionista yang hidup dalam kemewahan di bandar.
Mereka berjumpa pada hari pembukaan kolej dan terjadi sebuah kejadian misteri yang membuatkan mereka tertukar badan! Ayu dan Sofea perlu mengatasi kelemahan masing-masing untuk mendapatkan hidup mereka kembali.
0 Response to "Drama Senduk Swap"
Catat Ulasan