Kerana Cinta Itu Ada Drama TV3

 

Drama yang diadaptasi dari novel Kerana Cinta Itu Ada karya Sophilea akan mengisi slot Akasia TV3. Drama terbitan Global Station ini diarahkan oleh Azri Izhar. Menampilkan Aedy Ashraf dan Nabila Razali selaku teraju utama.


Kerana Cinta Itu Ada

Tarikh Tayangan: 2022

Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 7:00 malam

Rangkaian: Akasia TV3

Skrip: Sophilea & Zarihah Hassan

Pengarah: Azri Izhar

Produksi: Global Station Sdn Bhd

Pelakon: Aedy Ashraf, Nabila Razali, Puteri Khareeza, Syazuwan Hassan, Raden Zaharatul, Emelda Rosemila, Edika Yusof, Mas Anizan, Dian P Ramlee, Shah Rezza, Syaffiq Sahli, Husna Mustaffa, Anas Ridzuan, Saidah Kamarudin, Najua Pramlee, Alvin Chong


Watak Pelakon Drama Kerana Cinta Itu Ada 

Aedy Ashraf sebagai Aisy

Nabila Razali sebagai Bella

Puteri Khareeza sebagai Dahlia Rizal

Syazuwan Hassan sebagai Zafran

Emelda Rosemila sebagai Puan Dhia

Alvin Chong sebagai Rayyan

Husna Mustaffa sebagai Aina

Anas Ridzuan sebagai Mamat

Saidah Kamarudin sebagai Yana


Sinopsis Drama Kerana Cinta Itu Ada

Drama Kerana Cinta Itu Ada menceritakan tentang seorang gadis bernama Nabila Aulia, graduan lulusan pengurusan perniagaan yang kini mengusahakan resort keluarganya. 


Ketika bekerja di situ, Nabila Aulia (ataupun lebih mesra dipanggil, Bella) telah bertemu dengan Tengku Aisy Mateen, yang merupakan anak pemilik hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Selepas beberapa pertemuan romantis yang tidak dijangka, membuatkan mereka berdua jatuh cinta. 


Pada Bella, Aisy merupakan lelaki paling hebat yang pernah hadir dalam hidupnya. Manakala bagi Aisy, Nabila bukan hanya seorang gadis biasa tapi bidadari yang Allah kirimkan dari syurga. Villa Paksina menjadi saksi kisah cinta mereka.


Namun hubungan percintaan ini putus di tengah jalan dek kerana fitnah oleh kawan baik Bella sendiri, Dahlia Rizal yang semenjak dahulu sentiasa menyimpan rasa cemburu dan sakit hati pada kawan baiknya. 


Bella membawa diri bertahun-tahun lamanya dan Aisy tetap setia menanti. Hatinya yang terluka buatkan Bella membenci Tengku Aisy tanpa tahu antara dia dan Aisy masih terikat dalam hubungan suami isteri.


Dapatkah hubungan cinta mereka kembali terjalin atau terpaksa mengambil keputusan untuk melepaskan?


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Kerana Cinta Itu Ada Drama TV3"

Catat Ulasan