Drama Sentuhan Najwa TV3



Drama bersiri 13 episode 'Sentuhan Najwa' merupakan hasil terbitan Nuansa Sdn Bhd, diarahkan oleh Shuhaimi Zulkefli dan menampilkan Afifah Nasir, Alif Muhaimin dan Ryry Ryun sebagai pelakon utama. Sentuhan Najwa bakal disiarkan bermula 26 Oktober setiap Rabu hingga Sabtu, pukul 9.00 malam di slot Lestary TV3 atau boleh menontonnya melalui platform penstriman Disney+ Hotstar.

Sentuhan Najwa

Episod: 13

Tarikh Tayangan: 26 Oktober 2022

Waktu Siaran: Rabu-Sabtu, 9:00 malam

Rangkaian: Lestary TV3 / Disney+ Hotstar

Penulis Skrip: Aizad Zaidi

Pengarah: Shuhaimi Zulkefli

Produksi: Nuansa Sdn Bhd


Watak Pelakon Drama Sentuhan Najwa

Afifah Nasir sebagai Najwa

Ryun Ryry sebagai Raihana

Alif Muhaimin sebagai Arman

Faiz Izzat sebagai Yazi

Jasper Supayah sebagai Easther

Aleza Shadan sebagai Mak Jenab

Zila Bakarin sebagai Datin Kamala

Roy Azman sebagai Datuk Marzuki

Ako Mustapha sebagai Zakaria

Zack Zabhas sebagai Judi

Zul Helmy sebagai Redz

Ady Mohammad sebagai Damier

Sri Idrina sebagai Mia

Zati Nizam sebagai Rin

Ayu Ayuni sebagai Tami


Sinopsis Drama Sentuhan Najwa


Drama Sentuhan Najwa menceritakan sosok yang bernama Najwa, merupakan seorang gadis remaja yang mengidap penyakit HIV+ sejak dilahirkan, membesar sebagai seorang remaja biasa dalam memburu impian dalam kehidupan tapi berdepan dengan diskriminasi rakan-rakan di kolej terutamanya Raihana, hingga muncul dua lelaki, Arman dan Yazi yang mungkin merubah takdir hidupnya.

Najwa (Afifah Nasir) yang telah kematian ibu dah ayahnya sejak kelahirannya telah dibela oleh ibu saudaranya iaitu Mak Jenab (Aleza Shadan) dengan penuh kasih sayang. Najwa sering menjadi bahan hinaan Raihana (Ryry Ryun) kerana kemiskinan dan juga penyakit dihadapinya. Namun, Najwa selalu dijaga oleh ketua pengawas iaitu Arman (Alif Muhaimin) yang mempunyai perasaan terhadapnya. 

Selepas mendapat keputusan yang baik dalam SPM, Najwa meneruskan pengajiannya. Namun nasib buruk tak dapat dihindarkan apabila Najwa mendapat tahu bahawa Raihana adalah rakan sebiliknya di kolej. Tanpa disangka, Arman juga turut melanjutkan pelajarannya di kolej yang sama dengan Najwa dan Raihana.

Sesetengah manusia tidak pernah senang melihat kejayaan orang lain seperti Raihana yang masih meneruskan tabiat lamanya yang selalu mendiskriminasi Najwa tentang penyakit yang dialaminya sejak lahir itu. Dapatkah Najwa menempuh segala badai ujian yang mencabar dalam kehidupannya?




Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Sentuhan Najwa TV3"

Catat Ulasan