Filem Biko

 Filem Biko

Filem Biko bakalan arahan Teng Bee menampilkan lakonan Azrel Ismail, Syed Irfan, Baby Shima dan Sara Ali akan ditayangkan di pawagam bermula 13 Oktober 2022.


Biko

Genre: Drama, Romantik

Tarikh Tayangan: 13 Oktober 2022

Lakon Layar: Puovin & Tommy Loh

Pengarah: Teng Bee

Produksi: Multimedia Film Productions Sdn Bhd

Pelakon: Azrel Ismail, Syed Irfan, Baby Shima, Sara Ali, Josiah Hogan


Lagu OST: Baby Shima - Cinta Darimu


Sinopsis Filem Biko

Filem Biko mengisahkan sosok Izwan merupakan seorang bapa tunggal yang telah lama mengimpikan kehidupan yang selesa untuk anaknya, Biko. Sebagai seorang pemandu lori, Izwan berusaha untuk membeli sebuah rumah namun setelah ditipu seorang broker, impian memiliki rumah kini tertangguh. Keadaan jadi semakin rumit apabila mereka telah dihalau keluar daripada rumah sewa mereka kerana gagal membayar sewa. Kerana kesimpitan wang, Izwan dan Biko terpaksa menetap di dalam lori. Sherry, rakan baik Izwan serta ibu angkat Biko, membawa Biko ke uji bakat penggambaran muzik video penyanyi popular antarabangsa, Sara. Tanpa diketahui oleh orang lain, Izwan dan Sara mempunyai kisah silam bersama.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Filem Biko"

Catat Ulasan