Omg! Filem Siku 12 Langkah Derhaka Terbaik Yang Pernah Ada!



Filem berjudul Siku 12: Langkah Derhaka arahan Azhari Zain bakal menonjolkan kehebatan seni persilatan Melayu dan Muay Thai dengan menyajikan gandingan hebat dua aktor popular tanah air iaitu Syafiq Kyle dan Zahiril Adzim selaku teraju utama. Filem Siku 12: Langkah Derhaka bakal ditayangkan di pawagam Malaysia bermula 27 Oktober 2022.

Siku 12 : Langkah Derhaka

Tarikh Tayangan: 27 Oktober 2022

Pengarah: Azhari Zain

Produksi: Power Team Entertainment Sdn Bhd

Watak Pelakon Filem Siku 12 Langkah Derhaka

Syafiq Kyle sebagai Atid

Zahiril Adzim sebagai A-Wut

Moon sebagai Nawari

Lobak sebagai Nafisha

Tuan Asmawi Tuan Umar sebagai Ayahman

Pon Muay Thal sebagai Chiwadong The Dragon

Anas Mentor sebagai Ben Mustaza

Shahmiey Odd sebagai Husin Lang Merah

Pak Salleh sebagai Cikgu Yaakob

Chiang sebagai Boon Mee

Azman Ahmad sebagai Manager Chiwadong

Bai Chot sebagai YB Dato Sulaiman Basha

Sinopsis Filem Siku 12 Langkah Derhaka

Filem Siku 12 Langkah Derhaka menceritakan pelakon Atid dan A Wut yang merupakan berketurunan Siam adalah dua sahabat baik yang tinggal di Kampung Siam, Pendang, Kedah. 

Mereka berdua sangat meminati seni mempertahankan diri Muay Thai, apatah lagi, pertandingan Muay Thai dianjurkan selepas padi dituai dan terbuka kepada peninju dari Thailand, setiap tahun.

Bapa Atid, Ayah Man pernah belajar ilmu persilatan Seni Silat Tua Melayu Permainan Siku 12 dengan Tuan Guru Haji Zainal. Semasa berlawan dengan beberapa perompak bersama sahabatnya, Harun, Ayah Man secara tidak sengaja tertikam salah seorang perompak. 

Harun menyuruh Ayah Man melarikan diri ke kampung isterinya di Pattani. Kerana peristiwa itu, Harun berkorban dan akhirnya, meninggal dalam penjara. Apabila isterinya meninggal, Ayah Man berpindah ke Pendang bersama Atid dan hidup secara sederhana sebagai petani dan tukang kayu. 

Atid dapat melihat ketangkasan bapanya bersilat sehingga dapat menumbangkan lintah darat di kampung. la membuatkan Atid ingin mengetahui apakah jurus persilatan digunakan. 


Atid beriya-iya mahu bapanya mengajar jurus persilatan, biarpun Ayah Man cuba mengelak dan merahsiakan ilmu persilatan Siku 12 akibat sejarah hitam bersama Harun. 


Atas desakan Atid, Ayah Man bersetuju menurunkan ilmu persilatan Siku 12, jurus yang dapat menjatuhkan musuh sekelip mata iaitu jurus Langkah Derhaka walaupun dalam masa sehari.


Namun, Atid tidak menyangka sahabatnya, A-Wut mengkhianatinya apabila mendengar Ayah Man menurunkan ilmu persilatan kerana beranggapan Atid mementingkan diri mempelajari ilmu berkenaan tanpanya. Siku 12, antara dendam, jurus Siku 12 Langkah Derhaka, maruah diri, cinta, persahabatan dan takdir, di sinilah bakal merungkai segala-galanya.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Omg! Filem Siku 12 Langkah Derhaka Terbaik Yang Pernah Ada!"

Catat Ulasan