One Cent Thief Drama Astro

 

Astro Originals bakalan mempersembahkan sebuah drama premium terbaru, ‘One Cent Thief’ yang diinspirasikan daripada peristiwa sebenar yang pernah menggemparkan Malaysia dan masih diperkatakan sehingga kini, dan kemudian diolah menghasilkan sebuah jalan cerita baru dengan diselitkan nilai komersial untuk tontonan.

One Cent Thief membawakan subjek ‘heist’ dan kelainan berbanding naskhah lain adalah ia pertama kali dalam Malaysia mahupun karya luar negara yang membawakan kisah rompakan bernilai 1 sen berbanding kisah yang menumpukan rompakan berlian, jongkong emas, mahupun jutaan wang tunai.

Drama premium mengetengahkan genre jenayah thriller merupakan idea asal oleh showrunner (pencipta) Alfie Palermo dan beliau turut terlibat sebagai ketua pasukan penulis Astro Shaw (writers' room) bersama penulis lain, Natasha Azlan, Ashraf Modee Zain, Zaim Zakki. Manakala karya ini mendapat sentuhan oleh pengarah muda yang semakin meningkat naik dalam kalangan penonton sejak mengarahkan telemovie seperti Cerai, Rompak Raya, dan drama premium Dukun Diva, iaitu Ariff Zulkarnain.

One Cent Thief mempunyai 8 episod, bakal temui penonton bermula 8 Oktober, setiap hari Sabtu, jam 9 malam ditayangkan serentak di empat saluran berbeza bahasa seperti Astro Ria HD saluran 104, Astro Vinmeen HD saluran 202, Astro Shuang Xing HD saluran 307 (episod 1 tayangan serentak 8 Oktober, 9.00 malam, manakala episod berikutnya setiap Sabtu, jam 11 malam), dan PRIMEtime saluran 704. Penonton juga berpeluang menonton setiap episod baru seminggu lebih awal daripada tayangannya di saluran linear setiap Sabtu jam 12.00 tengah malam menerusi strim di platform Astro GO atau On Demand.


One Cent Thief

Episod: 8

Genre: Jenayah Thriller

Tarikh Tayangan: 8 Oktober 2022 (9.00 malam)

Waktu Siaran: Sabtu, 11:00 malam

Rangkaian: Astro Ria HD, Astro Vinmeen HD, Astro Shuang Xing HD

Idea Asal: Alfie Palermo

Penulis Skrip: Alfie Palermo, Natasha Azlan, Ashraf Modee Zain, Zaim Zakki

Pengarah: Ariff Zulkarnain

Produksi: Astro Shaw Sdn Bhd & Independent Pictures


Watak Pelakon Drama One Cent Thief 

Syafiq Kyle sebagai Iman Shah

Faizal Hussein sebagai Abah (Shah Karim)

Azira Shafinaz sebagai Intan

Fabian Loo sebagai Ash Lee

Sofia Jane sebagai Ibu Zara

Aghonderan Sahadevan sebagai Devan

Amerul Affendi sebagai Kadak

Carmen Soo sebagai Irene

Sathisvaran Magesvaaran sebagai Dinesh

Krishna Kumar Nair sebagai Sathish

Rubi Rubini sebagai Mimi

Amir Nafis sebagai Wan Zairol

Fadhli Masoot sebagai Shemad

Aleza Shadan sebagai Mak Iman

Syed Irfan sebagai Iman Muda

Airiezara Jasmin sebagai Intan Muda


Lagu OST Drama One Cent Thief :

Tajuk: Punca

Penyanyi: Lil J & Putera Muhammad

Komposer: Amy Bong, Wan Saleh

Lirik: Amy Bong,Ateh Zack, Lil J


Sinopsis Drama One Cent Thief 

Drama One Cent Thief menceritakan tentang Iman Shah sebagai seorang pekerja bank yang terdesak untuk membiayai kos rawatan serta melangsaikan hutang abahnya kepada ceti haram. Dengan menggunakan kepintarannya, dia telah menggodam sistem Bintang Bank untuk mencuri satu sen dari setiap akaun pelanggan bank dan berjaya mendapatkan jumlah wang yang besar.

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :

0 Response to "One Cent Thief Drama Astro"

Catat Ulasan