Daddyku Gangster Filem

Syarikat D’Ayu Pictures bakal menampilkan dengan sebuah filem aksi komedi berjudul Daddyku Gangster arahan Ismail Bob Hashim yang akan ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 1 Disember 2022.

Filem Daddyku Gangster

Genre: Aksi Komedi

Tarikh Tayangan: 1 Disember 2022

Pengarah: Ismail Bob Hashim

Produksi: D’Ayu Pictures Sdn Bhd

Watak Pelakon Filem Daddyku Gangster

Zul Huzaimy sebagai Ray

Faizal Hussein sebagai Karim

Adeline Tsen sebagai Lisa

Jay Iswazir sebagai Pablo

Ridzuan Hashim sebagai Zaki

Reen Rahim sebagai Zack

Zalif Sidek sebagai Bob

Wan Wala sebagai Wan Sado

Azri Iskandar sebagai Remy

Vanidah Imran sebagai Leha

Anggelica Petra sebagai Arisha

Arryan Petra sebagai Aidil

Sinopsis Filem Daddyku Gangster

Filem Daddyku Gangster menceritakan sosok Ray yang merupakan ketua kumpulan yang gemar mencuri kereta kereta mewah yang diseludup ke Malaysia bersama rakan kumpulannya yang memiliki kepakaran masing masing. Selain itu Ray turut melibatkan diri dalam underground fight di gelanggang haram milik Pablo. 

Ray mempunyai sejarah silam dalam hubungan kekeluargaan terutama dengan abang kandungnya sendiri. Di malam hari lahir Ray, Remy abang kepada Ray datang bersama keluarga menyambutnya walaupun layanan Ray dingin terhadap keluarga Remy terutama kedua-dua anak saudaranya, Arisha dan Aidil.

Namun malang tidak berbau, Remy dan isterinya meninggal dunia setelah terlibat kemalangan jalan raya sebaik pulang dari rumah Ray. Lisa, peguam yang bertanggungjawab telah menyerahkan hak penjagaan sementara Arisha dan Aidil kepada Ray berdasarkan wasiat daripada Remy. Ray menjadi kurang senang dengan memikirkan hal yang bakal dilalui apabila terpaksa menjaga anak saudaranya itu. Dek kerana terpikat setelah memandang Lisa, Ray menerima pelawaan tersebut.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Daddyku Gangster Filem"

Catat Ulasan