Drama bersiri Cina Buta tentang liku-liku kehidupan berumah tangga

Drama bersiri yang bertajuk Cina Buta hasil karya Shahrulezad Mohameddin membawa penceritaan yang sarat dengan liku-liku kehidupan berumah tangga serta pengajaran tentang hukum-hukum perkahwinan dengan menampilkan gandingan trio baharu iaitu Ungku Ismail Aziz, Nad Zainal dan Aliff Aziz.

Istilah ‘Cina Buta’ mungkin jarang diperdengarkan di kalangan masyarakat, namun ia membawa maksud yang sangat penting dalam kehidupan sesebuah rumah tangga. Ia bermaksud perkahwinan yang dirancang untuk mendapatkan semula bekas isteri setelah terjatuhnya talak tiga.

Drama cina Buta akan ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis bermula 9 November 2022, jam 10.00 malam secara eksklusif di slot MegaDrama melalui saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO untuk pilihan yang fleksibel.


Cina Buta

Episod: 18

Tarikh Tayangan: 9 November 2022

Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam

Rangkaian: Astro Ria 104

Penulis Skrip: Shahrulezad Mohameddin

Pengarah: Shahrulezad Mohameddin

Produksi: Radius One Sdn Bhd

Lagu OST: Paripurna - Amylea

Watak Pelakon Drama bersiri Cina Buta

Nad Zainal sebagai Mia Sara

Ungku Ismail Aziz sebagai Sharnaz

Aliff Aziz sebagai Aliff

Puteri Aishah sebagai Habibah

Norreen Iman sebagai Norreen

Anas Ridzuan sebagai Ajis

Aman Aziz sebagai Umar

Didie Alias sebagai Datin Sri

Azhan Rani sebagai Tan Sri

Shamsul Ghau Ghau sebagai Ustaz Ahmad Tungkik

Sinopsis Drama bersiri Cina Buta

Drama bersiri Cina Buta menceritakan sharnaz dan Mia Sara merupakan pasangan suami isteri berusia dalam lingkungan 30-an yang telah berkahwin selama lima tahun. Mereka sering bergaduh dan pernah bercerai dua kali tetapi kerana cinta, mereka berdua berbaik semula. Suatu hari, Sharnaz menceraikan Mia Sara sekali lagi kerana marah namun pada kali ini mereka tidak dapat berdamai semula kerana ini merupakan perceraian mereka buat kali yang ketiga.

Selepas bercerai, Sharnaz mula sedar bahawa dia sangat menyayangi Mia Sara dan sangat cemburu apabila Mia Sara mula menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain. Oleh kerana terdesak, Sharnaz bercadang untuk mendapatkan semula Mia Sara menerusi ‘Cina Buta’. Mia Sara menolak sekeras-kerasnya rancangan Sharnaz yang jelas mempermainkan agama. 

Mia Sara kemudiannya bertemu dengan Aliff dan mengambil keputusan untuk mengahwininya untuk melupakan Sharnaz tanpa mengetahui yang sebenarnya dia adalah 'Cina Buta' yang telah diupah oleh Sharnaz untuk berkahwin dan menceraikan Mia Sara supaya dia dapat memilikinya kembali tetapi dalam masa yang sama, Aliff telah jatuh cinta dengan Mia Sara. Adakah dia sanggup mengembalikan Mia Sara kepada Sharnaz?



Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama bersiri Cina Buta tentang liku-liku kehidupan berumah tangga "

Catat Ulasan