Drama Liar The Series Malaysia



Drama premium Astro Originals, Liar The Series yang diadaptasi daripada siri BBC yang telah diberikan sedikit pengubahsuaian untuk mengikut acuan adat dan budaya Malaysia. Siri versi Malaysia ini diarahkan oleh Jason Chong dan Imri Nasution, membariskan pelakon seperti Tiz Zaqyah, Tony Eusoff, Nadiya Nisaa, Nas-T, Farah Ahmad dan ramai lagi.

Liar The Series

Episod: 12

Tarikh Tayangan: 2022/2023

Rangkaian: Astro

Penulis Skrip: Jason Chong, Imri Nasution

Pengarah: Jason Chong & Imri Nasution

Produksi: Double Vision Sdn Bhd

Pelakon: Tiz Zaqyah, Tony Eusoff, Nadiya Nisaa, Ezzaty Abdullah, Wan Raja, Nas-T, Nazrief Nazri, Haridhass, Chai Zi, Farah Ahmad, Aniq Suhair, Atilia Haron, Datuk Jalaludin Hassan, Raja Azmi, Aidan Razeen, Nawal Sarah

Watak Pelakon Drama Liar The Series Malaysia

Tiz Zaqyah sebagai Lara

Tony Eusoff sebagai Aiman

Nadiya Nisaa sebagai Nadiya

Ezzaty Abdullah sebagai Kathy

Wan Raja sebagai Fariz

Nazrief Nazri sebagai Taufik

Datuk Jalaludin Hassan sebagai Sulaiman

Farah Ahmad sebagai Dian / Jehan

Aniq Suhair sebagai Noah

Atilia Haron sebagai Inspektor Rita

Sinopsis Drama Liar The Series

Drama Liar The Series mengisahkan sosok Lara Sulaiman yang merupakan seorang guru yang bijak dan berdedikasi. Dia baru bercerai dengan suaminya dan bersetuju untuk keluar bertemu janji dengan seorang pakar bedah yang baru kematian isteri, Aiman Yusuf. Namun, selepas bertemu, mereka berdua mempunyai cerita berbeza daripada pengalaman temu janji mereka. 

Lara menuduh Aiman merogolnya, manakala Aiman menegaskan bahawa dia membantu Lara yang tidak sihat untuk pulang dengan selamat. Siapa yang bercakap benar? ‘Liar’ menyaksikan penipuan yang boleh memusnahkan kehidupan Lara dan Aiman, serta rakan-rakan mahupun keluarga mereka apabila rahsia dan pembohongan terbongkar.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Liar The Series Malaysia"

Catat Ulasan