Drama Obsesi Dia

Drama Obsesi Dia diinspirasikan novel The Witness karya Suhailah Selamat akan mengisi slot Samarinda TV3. Drama bersiri terbitan Saphire Screen, diarahkan oleh Eoon Shuhaini. Dibintangi oleh Sophia AlBarakbah, Zaki Azeman, Zahiril Adzim, Ashraf Muslim dan ramai lagi.

Drama Obsesi Dia


Obsesi Dia

Episod: 15

Tarikh Tayangan: 2023

Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam

Rangkaian: Samarinda TV3

Penulis Skrip: Rozie Rashid, PGRs Team

Pengarah: Eoon Shuhaini

Produksi: Saphire Screen Sdn Bhd

Pelakon: Sophia AlBarakbah, Zaki Azeman, Zahiril Adzim, Ashraf Muslim, Faha Azhar, Alif Hadi, Anies Hann, Kak Girl, Natasya Mahyan, Jay Iswazir, Fify Azmi, Razman Mahayuddin, Zazly Baginda


Watak Pelakon Drama Obsesi Dia 

Sophia AlBarakbah sebagai Affiyah

Zaki Azeman sebagai Zacky

Ashraf Muslim sebagai Rizq

Alif Hadi sebagai Adam

Anies Hann sebagai Nura

Kak Girl sebagai Susan

Fify Azmi sebagai Adelia Sofei


Sinopsis Drama Obsesi Dia 

Drama Obsesi Dia  menceritakan Affiyah yang menjadi saksi kepada satu pembunuhan. Sejak itu dia diburu oleh lelaki berhudi. Satu persatu orang kesayangan Affiyah menjadi mangsa. Pembunuh itu mahu buat Affiyah sengsara sebelum menjadikan Affiyah sebagai mangsa terakhirnya.

Kejadian disatu malam membuatkan Affiyah cedera kerana dilanggar kereta. Malam bersamaan ayahnya dibunuh dengan kejam oleh pembunuh psiko itu. Affiyah yang koma terlantar di hospital mengalami amnesia. Rizq, abang Affiyah bertindak menukar identiti Affiyah kepada Alliyah untuk melindunginya daripada pembunuh psiko demi keselamatan Affiyah.

Bila tersedar, Affiyah lupa siapa dirinya tetapi mendapati dia mempunyai kelebihan. Affiyah dapat melihat gambaran buruk diri seseorang apabila dia menyentuhnya. Masa berlalu, sekali lagi Affiyah menjadi mangsa buruan pembunuh tersebut bila identiti sebenar Affiyah diketahui. Sekali lagi Affiyah diburu.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Obsesi Dia "

Catat Ulasan