Drama Sorry Naik Lori

iQIYI akan menampilkan siri original tempatan terbaharu berjudul Sorry Naik Lori yang bakal ditayangkan pada 4 November 2022. Drama romantik komedi ini menampilkan pelakon Nazim Othman yang memegang karakter sebagai individu yang ketinggalan zaman dan ‘buta’ media sosial bernama Khairul, manakala Nadia lakonan Ruhainies adalah wanita moden yang bercita-cita menjadi influencer. 

Jangan lupa menyaksikan kisah aksi dan suka duka yang akan membawa anda mengenali diri, cinta zaman muda dan usaha mengejar impian. Sorry Naik Lori akan ditayangkan bermula 4 November 2022 secara eksklusif di aplikasi iQIYI dan iQIYI International (www.iq.com) bersama episod baharu yang akan disiarkan setiap Jumaat dan Sabtu.

Drama Sorry Naik Lori

Episod: 12

Tarikh Tayangan: 4 November 2022

Waktu Siaran: Jumaat & Sabtu

Rangkaian: iQiyi

Skrip: Afmy & Mariana Hashim

Pengarah: Aidilfitri Mohamed Yunos

Produksi: Tsar Asia Sdn Bhd

Lagu OST: Layar - Serra Kamal

Watak Pelakon Drama Sorry Naik Lori

Nazim Othman sebagai Khairul

Ruhainies sebagai Nadia

Asha Zainul sebagai Shikin

Tajul Arif Noor sebagai Talib

Nafiz Muaz sebagai John

Fattah Ali sebagai Mamu King

Sky Iskandar sebagai Khai

Shakira Stephen sebagai Anita Aziz

Ahmad Saffuan Mohd Salehuddin Lotfi sebagai Narrator

Phirdaus Khardini sebagai Lobb

Nadia Kesuma sebagai Cik Dll



Sinopsis Drama Sorry Naik Lori

Drama Sorry Naik Lori mengisahkan kehidupan Khairul, merupakan pemandu lori muda yang menetap di Pulau Pinang dan ‘alah’ kepada media sosial, namun isterinya, Nadia pula bercita-cita tinggi untuk menjadi seorang influencer. Selepas siaran video secara rawak di aplikasi NikNok membabitkan Nadia di restoran Pasembur ibunya menjadi tular, dia menerima pelbagai tawaran daripada agensi pencari bakat tetapi perlu merahsiakan hubungan dan status perkahwinannya kepada orang ramai. 

Nadia menolak nasihat suaminya dan memutuskan untuk terus mengejar impian dengan sokongan keluarganya. Tanpa disedari, Khairul pula cuba memasuki dunia viral dan kemasyhuran media sosial tetapi dalam masa sama cuba mempertahankan hubungan perkahwinannya.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Sorry Naik Lori"

Catat Ulasan