Luka Di Hati Diya

Luka Di Hati Diya

Drama adaptasi novel yang bertajuk 'Luka Di Hati Diya' karya Hasliza Ismail bakal menampilkan gandingan pelakon utama Isyariana dan Niezam Zaidi. Drama terbitan Global Station Sdn Bhd diarahkan oleh Eyra Rahmam. Luka Di Hati Diya bersiaran mulai 28 November 2022, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 6.00 petang di TV1.

Luka Di Hati Diya

Episod: 26

Tarikh Tayangan: 28 November 2022

Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 6:00 petang 

Rangkaian: TV1 slot Widuri

Pengarah: Eyra Rahman

Produksi: Global Station Sdn Bhd

Pelakon: Isyariana, Niezam Zaidi, Fauzi Nawawi, Lisdawati, Sherry Ibrahim, Fikhree Bakar, Kodi Rasheed, Lia Natalia, Azlan Komeng, Kak Girl, Syed Mirfan, Nonny Nadirah, Sanjna Suri

Watak Pelakon Drama Luka Di Hati Diya

Isyariana sebagai Diya Mirza

Niezam Zaidi sebagai Remy

Sherry Ibrahim sebagai Sahara

Fikhree Bakar sebagai Syukri

Kodi Rasheed sebagai megat

Nonny Nadirah sebagai Natrah

Sanjna Suri sebagai Suzy

Luka Di Hati Diya

Luka Di Hati Diya


Sinopsis Drama Luka Di Hati Diya

Drama Luka Di Hati Diya menceritakan tentang ketabahan wanita dalam berdepan cabaran dan kisah hidupnya bersama lelaki yang dicintainya.

Diya Mirza, gadis pendiam di tempat kerjanya. Dia sentiasa hidup dalam ketakutan tak kira di mana beliau berada. Oleh kerana sikap peliknya itu membuatkan dia sering dipulaukan dan dibuli oleh rakan sekerja yang mencari kesempatan atas kelemahannya.

Sehinggalah muncul Remmy, staf baru yang bekerja sebagai penghantar surat di syarikat tersebut. Sikap naif dan pelik Diya menarik hati Remmy untuk terus mendalami hati wanita itu dan sekali gus memusnahkan benteng yang selama ini melindunginya.

Namun tanpa diduga apabila hati masing-masing sudah terpaut, mimpi hitam mula menjadi kenyataan setelah kebenaran mula terjawab.

Diya Mirza menyimpan kisah hitam dalam diari hidupnya dan dia kini dalam pelarian bersama ibunya. Apabila ayah tirinya muncul kembali mengganggu hidup mereka, Remmy terpaksa berkorban dan sebagai balasan, Remmy harus kembali ke pangkuan keluarga dan memikul tanggungjawab yang selama ini diabaikan.

Apakah kesudahan kisah Diya dan Remmy? Adakah hati Diya akan selamanya terluka? Dapatkah cinta mengubat hati yang luka berdarah akibat kepercayaan yang pernah dinodai?


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Luka Di Hati Diya"

Catat Ulasan