Telefilem komedi Walimatul Tak Urus terbitan Hzkutive Sdn Bhd

Telefilem komedi Walimatul Tak Urus terbitan Hzkutive Sdn Bhd, bakal menampilkan lakonan Luqman Hafidz, Isyariana, Nina Fazurina, Shamsul Ghau Ghau dan ramai lagi. Telefilem ini akan disiarkan di Awesome TV.

Walimatul Tak Urus

Tarikh Tayangan: -

Rangkaian: Awesome TV

Penulis Skrip: Syakireen Akhlakkeen

Pengarah: Esham Shahlin

Produksi: Hzkutive Sdn Bhd

Pelakon: Luqman Hafidz, Isyariana, Nina Fazurina, Shamsul Ghau Ghau, Qazem Nor, Syed Ali, Taiyuddin Bakar, Kismah Johar, Zazo Maulana, Saiful Ghaz, Suriyani Hj Osman

Sinopsis Walimatul Tak Urus

Telefilem komedi Walimatul Tak Urus menceritakan tentang Shah yang nekad mahu kahwin lari bersama Mira. Apabila Mira telah dipaksa berkahwin oleh bapanya, Pak Kassim. Shah telah merancang, dan melarikan Mira ketika majlis akad nikah yang hampir berlangsung. Shah telah dikejar oleh geng penarik kereta, kerana kereta yang dipinjam daripada rakannya, sudah empat bulan tidak dibayar. Dalam masa yang sama, abang dan kakak ipar Mira turut mengejar mereka. Semasa dalam perjalanan, Shah dan Mira telah berkenalan dan menumpangkan Mak Limah yang melambatkan perjalanan mereka.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Telefilem komedi Walimatul Tak Urus terbitan Hzkutive Sdn Bhd"

Catat Ulasan