Mechamato Movie

Filem animasi superhero tempatan, Mechamato Movie terbitan bersama MONSTA dan Astro Shaw akan ditayangkan serentak pada 8 Disember ini di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

Filem ini mempunyai alur cerita Amato iaitu bapa kepada BoBoiBoy, secara tidak sengaja bertemu MechaBot sebuah ‘Power Sphera’ yang berkebolehan untuk ‘Mechanize’ dengan objek lain. Keadaan menjadi lebih genting, apabila Mechamato bakal berhadapan dengan alien jahat bernama Grakakus, yang ingin merampas MechaBot dari tangan Amato. Apakah muslihat yang dirancang oleh Grakakus? Mampukah adiwira baharu Mechamato menghalang ancaman Grakakus?

Mechamato Movie berlatarkan sebuah bandar fiksyen yang diinspirasikan dari Bandar Hilir di Melaka. Ia juga menampilkan keunikan budaya Malaysia seperti silat, budaya peranakan dan makanan tempatan yang digabungkan dengan elemen futuristik seperti robot dan kapal angkasa.

Mechamato Movie

Genre: Animasi / Superhero

Tarikh Tayangan: 8 Disember 2022

Pengarah: Nizam Abd Razak

Produksi: Monsta & Astro Shaw

Pelakon Suara: Armand Ezra, Adzlan Nazir, Ielham Iskandar, Marissa Balqis

Lagu Tema: Temaniku - Yonnyboii

Sinopsis Mechamato Movie

Mechamato Movie mempunyai kisah kapal angkasa misteri terhempas di Bumi, seorang pemuda bernama Amato bertemu dengan robot berkuasa yang bergelar MechaBot. Dengan mengakali MechaBot dan menjadi tuannya, Amato kini boleh menggunakan kuasa unik MechaBot yang membolehkannya untuk Mechanize objek-objek biasa menjadi peralatan yang canggih. Tetapi tanpa pengetahuan mereka, MechaBot sedang diburu oleh alien sibernetik bergelar Grakakus.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Mechamato Movie"

Catat Ulasan