Telefilem Kasih Abang TV2


Telefilem Kasih Abang TV2 akan ditayangkan pada 12 Disember ini, Isnin pukul 9.00 malam di TV2 RTM.

Kasih Abang

Waktu Siaran: Isnin, 12 Disember 2022, 9:00 malam

Rangkaian: RTM TV2

Idea Asal: Muaz Fitri

Penulis Skrip: Ramlah Rashid

Pengarah: Amie Maziah Abdul Rahman

Produksi: Red Intrade Production

Pelakon: Muaz Fitri, Aman Aziz, Halim Radzi, Natasha Sass, Arash Mohd, Aleza Shadan, Farah Ahmad, Danish Hazriq, Syed Irfan

Sinopsis Telefilem Kasih Abang

Telefilem Kasih Abang mengisahkan pertemuan Adam, seorang pelukis jalanan dengan Wani anak orang kaya berjaya merungkai pencarian adiknya, Idris sejak mereka terpisah 18 tahun yang lalu. Perpisahan tersebut berlaku apabila ibu mereka yang terpaksa menjadi keldai dadah untuk melunaskan hutang arwah bapa mereka, enggan meneruskan kerja haram tersebut dan kemudiannya dibunuh seperti bapa mereka. Adam membawa Idris bersembunyi dan kemudian pulang semula ke rumahnya untuk menyelamatkan ibunya tetapi cubaanya gagal.


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Telefilem Kasih Abang TV2"

Catat Ulasan