Drama Bukan Lelaki Terhebat TV3

Drama adaptasi novel yang bertajuk Bukan Lelaki Terhebat karya Dilla Ahmad menampilkan gandingan Adam Lee dan Sweet Qismina. Drama bersiri 15 episod terbitan Orangetree Production diarahkan oleh Eoon Shuhaini. Drama Bukan Lelaki Terhebat akan disiarkan menerusi slot Samarinda TV3 bermula 26 Januari 2023, pada setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam dan boleh tonton di iQIYI satu jam selepas siaran tv untuk VIP dan percuma 48 jam kemudian.

Drama Bukan Lelaki Terhebat

Episod: 15

Tarikh Tayangan: 26 Januari 2023

Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 10:00 malam

Rangkaian: Samarinda TV3 / iQIYI / tonton

Penulis Skrip: Zarihah Hassan

Pengarah: Eoon Shuhaini

Produksi: Orangetree Production Sdn Bhd

Pelakon: Adam Lee, Sweet Qismina, Halim Radzi, Anies Hannani, Zarina Zainuddin, Ameerul Asyraf, Harissa Adlynn, Omar Abdullah, Rashidah Jaafar, Hasnul Rahmat, Arash Mohd, Zalfa Zin, Puteri Balqis, Kak Girl, Neera Azizi, Mohd Nor Bond, Adam John, Sham Visa, Rosli Rahman Adam, Saiful Wazien


Watak Pelakon Drama Bukan Lelaki Terhebat TV3

Adam Lee sebagai Jaden Haqeef

Sweet Qismina sebagai Seri Dhia

Halim Radzi sebagai Doktor Iqram

Anies Hann sebagai Ariana

Omar Abdullah sebagai Pak Samad

Ameerul Asyraf sebagai Andi

Arash Mohd sebagai Tuan Amirul

Puteri Balqis sebagai Zalikha

Hasnul Rahmat sebagai Harris

Zalfa Zin sebagai Sabrina


Sinopsis Drama Bukan Lelaki Terhebat

Drama Bukan Lelaki Terhebat mengisahkan sosok bernama Jaden adalah pengawal peribadi yang telah jatuh cinta dengan Ariana, perempuan simpanan majikannya. Mereka bercadang untuk kahwin lari tetapi dihidu oleh majikan Jaden yang kini ingin membunuhnya. Nasib menyebelahi Jaden apabila Seri Dhia muncul untuk selamatkannya. Mereka mula jatuh cinta tetapi keadaan menjadi rumit apabila Ariana mendapat tahu yang Jaden masih hidup.


Sinopsis Novel Bukan Lelaki Terhebat

Bermain cinta dengan perempuan simpanan bos memang sesuatu yang sangat gila! Atas kesalahan itu, dia dibelasah teruk dan dibiarkan separuh nyawa di dalam kebun getah. Dan takdir membawa Jaden dipertemukan dengan Tok Ayah dan Seri Dhia.


“Lelaki hebat? Ada ke spesis lelaki macam itu zaman sekarang ni? Tak pernah pula saya jumpa lelaki hebat selain tok ayah saya. ~ Seri Dhia


“Nak tahu aku lelaki hebat atau tidak, kau nak cuba dengan aku?” ~ Jaden


Sukar untuk Jaden menjadi lelaki yang hebat di mata Seri Dhia, kalau Iqram saja yang menjadi perhatian gadis itu. Apatah lagi dengan kekurangannya dalam memahami ilmu agama. Tapi demi memiliki Seri, juga kerana janji kepada Tok Ayah untuk menikahi gadis itu, Jaden sanggup mencalar kepercayaan dan maruah Seri.


“Apa salah saya sampai awak buat saya macam ni, Jaden?” ~ Seri Dhia


“Kau buat aku merasa sesuatu. Sesuatu yang bagi aku, kalau aku lepaskan... aku tidak akan merasainya lagi. Aku cintakan kau, Dhia.” ~ Jaden


Cinta mereka diuji saat kisah silam Jaden terbongkar. Masihkah ada cinta buat Jaden di hati Seri saat dia mengetahui sisi gelap seorang Jaden Haqeef? Bagaimana pula dengan Ariana dan Iqram, dua orang yang terus menagih cinta Jaden dan Seri?

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Bukan Lelaki Terhebat TV3"

Catat Ulasan