Program TV Kampung Senariuh

Awesome TV bakalan membuka tirai di tahun 2023 dengan mengembalikan nostalgia peminat terhadap kumpulan Senario yang suatu ketika dahulu pernah mencetuskan fenomena luar biasa menerusi program sketsa terbaharu ‘Kampung Senariuh’ yang akan menghiasi slot ‘Sitcom’ pada setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 9.00 malam bermula 1 Januari 2023.

Program ‘Kampung Senariuh’ 15 episod arahan Bob Ismail Hasim diterajui oleh empat ahli kumpulan Senario iaitu Wahid, Azlee, Saiful Apek dan Yassin, selain turut menampilkan pelawak Mamak Puteh selaku pelakon pembantu.

Selain itu, program ini juga diserikan dengan kehadiran barisan artis jemputan yang terdiri daripada Mia Nasir, Afifa Nasir, Zalif Sidek, Marisa Yasmin, Ammar Titan, Kazar, Chiwan, Bard Kerdil serta turut menampilkan barisan bintang ‘Awesome Raja Lawak’ seperti Kumpulan Soda, Kumpulan Manja, Azhar, Amin, Oky dan Afea sebagai penampilan khas.

Kampung Senariuh

Episod: 15

Mula Tayangan: 1 Januari 2022

Waktu Siaran: Sabtu & Ahad, 11:00 malam

Rangkaian: Awesome (Astro 123, MyTV 112)

Pengarah: Bob Ismail Hasim

Pelakon: Wahid, Azlee, Saiful Apek, Yassin, Mamak Puteh


Sinopsis Kampung Senariuh

Program TV Kampung Senariuh bakal menceritakan tentang 4 orang sahabat iaitu Pak Azlee, Wahid Deghian, Saiful Apek dan Yasin Rambo yang tinggal di sebuah kampung benama Kampung Pokok Sena

Mereka cukup dikenali dalam kalangan penduduk kampung dengan ragam dan gelagat mereka yang mencuit hati ketika melepak di warung dan sering berborak mengenai isu-isu semasa terutamanya kejadian yang berlaku di kampung mereka.

Watak Pelakon Program TV Kampung Senariuh

Pak Azlee merupakan seorang pemilik warung kedai kopi yang menjadi port utama untuk melepak oleh penduduk Kampung Sena. 

Wahid Deghian merupakan seorang pengusaha sebuah dusun durian di Kampung Pokok Senariuh. 

Apek merupakan seorang pemilik studio jamming di kampung tersebut. 

Yassin Rambo pula merupakan seorang pemilik sebuah bengkel motor.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Program TV Kampung Senariuh"

Catat Ulasan