Drama Cyber 999 TV1

Drama Cyber 999 TV1 di kisahkan daripada buku Kisah Benar Cyber999 terbitan CyberSecurity Malaysia (CSM), drama Cyber999 merupakan hasil karya melalui inisiatif Dana Kandungan Kreatif yang disalurkan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) melalui Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS Malaysia).

Siri drama ini akan memaparkan 26 insiden berkaitan keselamatan siber melalui kisah benar berdasarkan laporan yang dibuat oleh pengguna Internet ke Pusat Bantuan Cyber999. Drama terbitan AMK Creative Media Sdn Bhd sempena sambutan Hari Keselamatan Internet 2023, Edisi Malaysia.


Cyber999 akan ditayangkan bermula 4 Mac sehingga 28 Mei 2023, setiap Sabtu dan Ahad, pukul 12.30 tengah hari menerusi saluran TV1, RTM.


Drama yang memaparkan pelbagai modus operandi jenayah siber ini, mampu memberi kesedaran kepada penonton agar tidak diperdaya dan menjadi mangsa seterusnya memupuk nilai-nilai etika, integriti dan sikap kebertanggungjawaban dalam menggunakan teknologi dan Internet.


Cyber 999

Episod: 26

Tarikh Tayangan: 4 Mac - 28 Mei 2023

Waktu Siaran: Sabtu & Ahad, pukul 12.30 tengah hari

Rangkaian: TV1 RTM

Penulis Skrip: Puovin, Tommy Loh, Intan Zarina

Pengarah: Fahizal Abdullah

Produksi: AMK Creative Media Sdn Bhd

Pelakon: Sharifah Radziah, Badsham Harun, Nasrizal Yap, Rizal Rahman, Fathimah Azzahra Ahmad


Sinopsis Cyber 999

Episod 1 : Menampilkan isu Peras Ugut Siber Menerusi Kenalan Media Sosial.

Episod 2 : Menampilkan isu Pemalsuan Profil Media Sosial

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Cyber 999 TV1"

Catat Ulasan