Drama Imam Instant Ustazah Scammer

Drama bersiri komedi terbaru bikinan Zeel Production, Imam Instant Ustazah Scammer bakal menampilkan gandingan Mira Filzah dan Hun Haqeem akan ditayangkan bermula 5 Mac setiap Ahad jam 9 malam menerusi Astro Ria atau strim dalam Astro Go.

Imam Instant Ustazah Scammer

Episod: 9

Tarikh Tayangan: 5 Mac 2023

Waktu Siaran: Ahad, 9:00 malam

Rangkaian: Asto Ria / Astro Go

Cerita Asal: Amar Amir

Pengarah: Hadith Omar

Produksi: Zeel Production Sdn Bhd


Watak Pelakon Drama Imam Instant Ustazah Scammer

Mira Filzah sebagai Effa

Hun Haqeem sebagai Asyraf

Mierul Aiman sebagai Ronaldo

Qasrina Karim sebagai Siti Siakap

Yasmin Hani sebagai Zubaidah

Yassin Yahya sebagai Arof

Azza Elite sebagai Saleha 

Usop Wilcha sebagai Tok Jamlus

TJ Isa sebagai Bidin 

Fendi Seman sebagai Tok Man

Mak Jah sebagai Mak Jah


Sinopsis Drama Imam Instant Ustazah Scammer

Drama Imam Instant Ustazah Scammer bercerita tentang seorang wanita bernama Effa lakonan Mira Filzah yang menyamar menjadi ustazah melarikan diri dari ahlong ke Kampung Ramadan.

Secara tidak sengaja, Effa berjumpa dengan Asyraf watak Hun Haqeem yang merupakan imam dilantik segera kerana suka mengaji dan videonya menjadi perhatian ramai.

Namun, gelaran imam yang diberi membuatkan Asyraf kurang selesa dan meminta orang ramai berhenti memanggilnya sebegitu kerana dia hanya cintakan al-Quran.

Demi membayar hutang, Effa sanggup menyamar menjadi ustazah dan menipu tentang latar belakangnya. 

Namun, kerana asyik dikejar ahlong, dia nekad melarikan diri ke Kampung Ramadan dan bertemu dengan Imam Asyraf, seorang influencer yang viral kerana alunan suara ketika mengajinya yang cukup merdu. 

Imam Asyraf telah dilantik oleh Tok Jamlus untuk menjadi imam sepanjang tarawikh Ramadan ini. Kehadiran Effa ke kampung itu membuatkan Asyraf mula mengesyaki sesuatu.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Imam Instant Ustazah Scammer"

Catat Ulasan