Drama Lecturerku Oppa iQiyi

Drama romantik komedi bertajuk Lecturerku, Oppa! lakonan Jang Han Byul dan Sweet Qismina ditayangkan di platform iQIYI bermula 3 Mac 2023, episod baru setiap Jumaat dan Sabtu, pukul 9:00 malam. Strim drama Lecturerku Oppa di aplikasi iQIYI atau di www.iQ.com

Lecturerku, Oppa!

Episod: 12

Tarikh Tayangan di iQIYI: 3 Mac 2023

Waktu Siaran: Jumaat & Sabtu, 9:00 malam

Idea Asal: Nadia Rahim

Penulis Skrip: Hajar Edwina & Maisurah Rahim

Pengarah: Fairuz Loy

Produksi: Arie Zaharie Production Sdn Bhd


Lagu Tema (OST) Drama Lecturerku Oppa

Baek - Farisha Iris feat Alan D

Bukan Milikku - Jang Han Byul


Watak Pelakon Drama Lecturerku Oppa

Jang Han Byul sebagai Hyun / Daniel

Sweet Qismina sebagai Sara

Farisha Iris sebagai Naura

Naim Daniel sebagai Nizam

Atiq Azman sebagai Zafrul

Marrisa Yasmin sebagai Mama Sara

Haeriyanto Hassan sebagai Papa Sara

Carmen Soo sebagai Miss Soo 

Yusuf Hashim sebagai Sir Adam

Ji Su sebagai Dasol


Sinopsis Drama Lecturerku Oppa

Drama Lecturerku Oppa menceritakan Jung-Hyun Hwang ialah seorang pensyarah di Kolej Pengurusan Pelancongan di ibu negara. Dia seorang Korea yang fasih bahasa Melayu. Dia kacak dan dikagumi ramai pelajar di kampus, tetapi dia hanya meminati seorang pelajar Melayu bernama Sara.

Apabila Sara ditugaskan untuk membuat projek tentang Korea, Hyun berkeras membantunya supaya mereka dapat menghabiskan masa bersama. Sara menolaknya pada mulanya tetapi jatuh cinta padanya semasa mereka berjalan-jalan di kampus. Namun, hubungan antara pelajar dengan pensyarah tidak akan berjalan lancar. 

Akhirnya, Hyun masuk agama Islam dan mendapatkan nama baharu, Daniel Abdullah. Dia akan memulakan perjalanan baharu bersama Sara. Namun, dia perlu mengatasi dua cabaran terlebih dahulu, iaitu puasa dan sunat.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Lecturerku Oppa iQiyi"

Catat Ulasan