Drama Liar Malaysia Astro Originals

Drama premium Astro Originals bertajuk 'LIAR' merupakan adaptasi antarabangsa daripada calon siri thriller terbaik di BAFTA Awards dan British Screenwriters’ Award. Liar diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama Double Vision dan All3Media Internasional. Siri asal Liar merupakan terbitan Two Brothers Pictures untuk ITV dan Sundance TV pada tahun 2017. 

Liar mengangkat genre thriller yang meneroka tema stereotaip jantina, kekeluargaan serta penipuan. Drama liar Mengisahkan tentang dua insan yang bertemu dalam sebuah temu janji, namun semuanya berubah di luar jangkaan pada hari keesokannya. Seorang telah memperdaya, manakala seorang lagi diperdaya. Kerana kuasa, penipuan mampu memadamkan kebenaran.   

Liar membariskan barisan pelakon seperti Tiz Zaqyah, Tony Eusoff, Ezzaty Abdullah, Dato’ Jalaluddin Hassan, Wan Raja, Nadiya Nisaa, Atilia Haron, Nazrief Nazri, Haridhass Selvaraju, Naz Rahman, Nas-T, Aniq Suhair, Farah Ahmad, Joyce Harn dan Charles Roberts. Manakala, pengarah Jason Chong, Imri Nasution dan Lim Siu Min.

Drama Liar akan ditayangkan bermula 25 Mac 2023, setiap Sabtu, bermula jam 12 tengah malam di platform On Demand atau Astro Go. Manakala bermula 3 April 2023, setiap Isnin, jam 9.00 malam di Astro Ria. 


Liar - Two sides, One Truth

Episod: 12

Tayangan di Astro Go: 25 Mac 2023, setiap Sabtu

Tarikh Tayangan di Astro Ria: 3 April 2023, setiap Isnin, 9 malam

Skrip: Mayang Al-Mohdar, Chi-Ren Choong, Nik Naemah Nik Mahir, Amar Amir, Honey Ahmad

Pengarah: Jason Chong, Imri Nasution, Lim Siu Min

Terbitan: Astro Shaw Sdn Bhd

Produksi: Double Vision Sdn Bhd


Watak Pelakon Drama Liar

Tiz Zaqyah sebagai Lara Sulaiman

Tony Eusoff sebagai sebagai Dr. Aiman Yusuf

Ezzaty Abdullah sebagai Kat Sulaiman

Dato’ Jalaluddin Hassan sebagai Sulaiman Ibrahim

Wan Raja sebagai Fariz Jamil

Nadiya Nisaa sebagai Detektif Nissa Suffian

Atilia Haron sebagai Inspektor Rita Samsuddin

Nazrief Nazri sebagai Taufiq Radzlan

Haridhass Selvaraju sebagai Detektif Kumar Varatharaju

Naz Rahman sebagai Firdaus Harith

Nas-T sebagai Leftenan Eddie Hassan

Aniq Suhair sebagai Noah Aiman

Farah Ahmad sebagai Jehan Razali

Joyce Harn sebagai Winnie

Charles Roberts sebagai Koperal Jeya Kumar

Yuyun Hikmah sebagai Sofia

Nawal Sarah sebagai Yaya

Aidan Razeen sebagai Jo


Sinopsis Drama Liar The Series

Drama Liar mengisahkan tentang Lara Sulaiman, merupakan seorang guru yang bijak dan berdedikasi. Selepas bercerai dengan suaminya, Lara cuba untuk ‘move on’ dan keluar janji temu dengan seorang pakar bedah yang baru kematian isteri, Aiman Yusuf. Mereka rasa amat selesa dengan kehadiran masing-masing.

Namun, selepas bertemu, mereka berdua mempunyai cerita berbeza daripada pengalaman temu janji mereka. Lara menuduh Aiman merogolnya, manakala Aiman menegaskan bahawa dia membantu Lara yang tidak sihat untuk pulang dengan selamat. 

Siapa yang bercakap benar? ‘Liar' menyaksikan penipuan yang boleh memusnahkan kehidupan Lara dan Aiman, serta rakan-rakan mahupun keluarga mereka apabila rahsia dan pembohongan terbongkar.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Liar Malaysia Astro Originals"

Catat Ulasan