Drama Misteri Flat Kirana TV3

Drama seram komedi Misteri Flat Kirana bakal disiarkan di TV3 pada bulan Ramadan ini mulai 26 Mac 2023. Draam terbitan Anomali Media, diarahkan oleh Rusdi Ramli, penghasilan skrip oleh Adza Irdawati dan Adza Emie. Menampilkan barisan pelakon seperti Ropie, Zara Zya, Puteri Balqis, Rahmad Mega, Afifah Nasir, Acong Sweetchild dan ramai lagi. Saksikan drama Misteri Flat Kirana setiap Ahad hingga Selasa pukul 11 malam di TV3 atau strim di tonton.

Drama Misteri Flat Kirana

Episod:12

Tarikh Tayangan: 26 Mac 2023

Waktu Siaran: Ahad-Selasa, 11:00 malam

Rangkaian: TV3 / tonton

Idea Asal: Hariff Ahamat

Penulis Skrip: Adza Irdawati & Adza Emie

Pengarah: Rusdi Ramli

Produksi: Anomali Media Sdn Bhd


Watak Pelakon Drama Misteri Flat Kirana TV3

Ropie sebagai Tok Jat

Zara Zya sebagai Ijah Bekeng

Rahmad Mega sebagai Pak Taz

Afifah Nasir sebagai Ima Dut

Puteri Balqis sebagai Soyaye

Acong Sweetchild sebagai Tam Ikan

Agness J sebagai Aunty Kwee

Nazia Mustafar sebagai Mak Lang

Zalif Sidek sebagai Pocong

Alicia Amin sebagai Mainak

Haneesya Hanee sebagai Nian


Sinopsis Drama Misteri Flat Kirana TV3

Drama Misteri Flat Kirana TV3 menceritakan sosok Tok Jat merupakan seorang dukun yang terkenal di Flat Kirana. Tok Jat sangat disenangi kerana sikapnya yang peramah dan suka membantu penduduk flat walaupun ada yang tidak dikenali olehnya. 

Kematian Tok Jat secara mengejut telah menimbulkan huru-hara di Flat Kirana apabila makhluk halus yang diperangkap oleh Tok Jat selama ini telah terlepas dan berkeliaran di sekitar Flat Kirana. Bermulalah misi penduduk Flat Kirana untuk memburu dan menangkap makhluk halus yang mereka juga tidak kenali. 

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Misteri Flat Kirana TV3"

Catat Ulasan