Filem Sumpahan Syaitan

Sumpahan Syaitan merupakan sebuah filem seram komedi yang arahan Roy Krishna, terbitan D-Bay Film Factory dan Redfiress Film Production yang menggandingkan pelakon-pelakon hebat seperti Farid Kamil, Dato’ AC Mizal, Dato’ Jalaludin Hassan, dengan ramai pelawak yang digemari ramai dari kumpulan Senario dan ramai lagi. Filem Sumpahan Syaitan bakal ditayangkan di pawagam bermula 2 Mac 2023.

Sumpahan Syaitan

Tarikh Tayangan: 2 Mac 2023

Penulis Skrip: Epy Kodiang

Pengarah: Roy Krishna

Produksi: D-Bay Film Factory & Redfiress Film Production

Pelakon: Farid Kamil, AC Mizal, Jalaludin Hassan, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Yassin Senario, Saiful Apek, Cracky Don, Amai Kamaruddin, Azlee Senario, Arin Rajalawak, Syaiful Zero, Pak Ya Sepahtu, Epy Kodiang, Azlan Komeng, Kenji Sawahii, Lala


Lagu Tema (OST):

Akhirnya Pasti - Aniez Burke feat Ishraq, Beejay, Ash

Pergilah - Amira Anuar feat Ishraq


Sinopsis Sumpahan Syaitan

Filem Sumpahan Syaitan mengisahkan kisah tentang seorang lelaki bernama Sam (Farid Kamil) yang telah diperdaya untuk membuat pelaburan MLM. Kerana ingin cepat kaya, Sam terpaksa meminjam wang dengan seorang peminjam wang yang ganas iaitu Branco (Jalaluddin Hassan).


Apabila Sam menyedari beliau telah di tipu dari pelaburan MLM, Sam membawa keluarganya berjumpa rakannya Malik (AC Mizal) bagi melarikan diri dari Branco. Malik telah mengarahkan Sam untuk bersembunyi di sebuah hotel lama kepunyaannya.


Malangnya, Sam dan warga kerja hotel tersebut dihantui pelbagai kejadian aneh berlaku di hotel tersebut. Apakah punca kejadian aneh tersebut?


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Filem Sumpahan Syaitan"

Catat Ulasan