Sinopsis lengkap filem Anwar The Untold Story

Filem 'ANWAR, The Untold Story' menceritakan ranjau politik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal ditayangkan di pawagam Malaysia mulai 11 Mei 2023

Filem itu digarap berdasarkan kisah sebenar berlaku dalam sebahagian hidup Anwar ketika mula menjawat jawatan Menteri Kewangan dari 1991 hingga dipecat pada 1998.

Filem sentuhan pengarah Indonesia, Viva Westi itu dibintangi pelakon terkenal seperti Farid Kamil, Hasnul Rahmat, Acha Septriasa, Piet Pagau dan Dewi Irawan.

Filem terbitan Bianglala Entertainment ini menjalani penggambaran di Malaysia dan Indonesia dengan kos sebanyak RM10 juta.


Tajuk  Anwar, The Untold Story

Tarikh Tayangan: 11 Mei 2023

Skrip: Viva Westi

Pengarah: Viva Westi

Produksi: Bianglala Entertainment


Watak Pelakon filem Anwar The Untold Story

Farid Kamil sebagai Datuk Seri Anwar Ibrahim

Acha Septriasa sebagai Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Hasnul Rahmat sebagai Tun Dr Mahathir Mohamad

Saskia Chadwick sebagai Nurul Izzah Anwar

Dewi Irawan sebagai Che Yan (ibu Anwar)

Piet Pagau sebagai Ibrahim (bapa Anwar)

Felice Lovely Hidayat sebagai Nurul Iman Anwar

Azzahra Annasera sebagai Nurul Hana Anwar


Sinopsis filem Anwar The Untold Story

filem Anwar The Untold Story berlatar belakang antara tahun 1993 dan 1998. Diolah dari kisah benar, alur ceritanya adalah mengenai sikap Anwar yang tegas dan konsisten menolak berbagai jenis imbuhan dan wang tunai dari pihak-pihak tertentu ketika berada dalam kerajaan sebagai Menteri Kewangan.

Juga memaparkan bagaimana Anwar enggan menggunakan wang rakyat untuk menyelamatkan syarikat dimiliki anak pemimpin tertentu yang mengalami kerugian berbilion ringgit.

Kerana itu beliau difitnah dengan sebuah konspirasi besar, dipecat, dipukul secara brutal dalam penjara dan dibiarkan tanpa rawatan perubatan hingga beberapa hari. 

Dari seorang menteri kewangan berwibawa yang berjaya membebaskan Malaysia dari belenggu hutang, akhirnya merengkok di penjara.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sinopsis lengkap filem Anwar The Untold Story"

Catat Ulasan