Drama TV3 Segenap Takdir

Drama Segenap Takdir merupakan kisah yang diadaptasikan dari novel Segenap Takdir karya Tina Derika. Drama percintaan dan kekeluargaan ini bersiaran sebanyak 15 episod menerusi slot Sakura TV3. Drama terbitan A-Ten Alliance (M) Sdn Bhd ini bakal menemani penonton mulai 24 April 2023, setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 6.00 petang atau strim secara langsung secara definisi tinggi di www.tonton.com.my


Drama segenap takdir diarahkan oleh Eoon Shuhaini dan penghasilan skrip oleh Rina Khan dan Sherry Khan, drama ini dibintangi oleh pelakon popular tanah air seperti Siti Khadijah Halim, Niezam Zaidi, Zara Zya, Nabil Aqil, Sharifah Shahora, Azizah Mahzan, Watie Sadali, Haleeda, Aqeesh Aleeya dan Saiful Wazien.

Jangan ketinggalan untuk saksikan drama Segenap Takdir menerusi slot Sakura, bakal bersiaran pada 24 April 2023 setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 6.00 petang di TV3 atau strim secara langsung secara definisi tinggi di www.tonton.com.my


Segenap Takdir

Episod: 15

Tarikh Tayangan: 24 April 2023

Waktu Siaran: Isnin-Khamis, 6:00 petang

Rangkaian: Sakura TV3 / tonton

Penulis Skrip: Rina Khan & Sherry Khan

Pengarah: Eoon Shuhaini

Produksi: A-Ten Alliance (M) Sdn Bhd


Lagu Tema (OST):

Gelora - Hariz Fayahet

Takdir - Aliff Iskandar


Watak Pelakon Drama TV3 Segenap Takdir

Siti Khadijah Halim sebagai Haryani

Niezam Zaidi sebagai Azlan

Zara Zya sebagai Nadira

Nabil Aqil sebagai Faisal

Sharifah Shahora sebagai Maimun

Watie Sadali sebagai Salmi

Haleeda sebagai Asmah

Azizah Mahzan sebagai Nek Yah

Aqeesh Aleeya sebagai Hanim

Nesa Idrus sebagai Azira

Puteri Khareeza sebagai Azlin

Tengku Tieya sebagai Meera

Adam Malek sebagai Azmirul

Zalela Abdul Kadir sebagai Mak Kiah


Sinopsis Segenap Takdir

Drama TV3 Segenap Takdir menceritakan kisah bapa Haryani berkahwin dengan wanita lain, Haryani (Siti Khadijah Halim) sering memberontak dengan menyalahkan emaknya, Maimun (Sharifah Shahora) kerana membenarkan perkara itu berlaku sehingga bapanya tinggalkan mereka. Haryani tidak sedar bahawa dia telah termakan kata-kata neneknya, Nek Yah (Azizah Mahzan) yang masih berdendam dan menganggap keputusan Maimun berkahwin dengan Hazwan itu merupakan satu kesilapan.

Sikap Haryani yang sering menyusahkan dan melampau membuatkan Maimun mahu menghantar anaknya sambung belajar di satu kolej Islam di Kuala Lumpur dengan niat untuk membentuk Haryani ke arah yang lebih baik. Haryani mengamuk apabila dia menganggap keputusan emaknya itu sebagai langkah untuk mengusirnya keluar dari rumah. Namun, Nek Yah telah mengubah keputusan Haryani apabila dia telah diberitahu tentang keberadaan seorang lelaki kaya yang bernama Azlan yang juga tinggal di Kuala Lumpur.

Azlan (Niezam Zaidi) dan Nadira (Zara Zya) telah bertunang dan hanya menunggu detik untuk diijabkabulkan. Namun, kemunculan Haryani dalam hidup mereka membuatkan hubungan mereka berdua porak-peranda. Haryani yang menggilai Azlan berusaha menggoda dan merampas Azlan sehinggakan Azlan menggelar Haryani sebagai perempuan murahan. Hal ini turut membuatkan Nadira mula tercabar dengan kebiadaban Haryani. Dapatkah Azlan dan Nadira menepis segala dugaan yang mendatang disebabkan Haryani? Apakah takdir yang telah ditetapkan untuk Haryani?

Bagi Haryani cinta itu mudah untuk digapai. Asalkan kena taktik halus pasti beres. Azlan! Itu misinya. Dia tak peduli kalau orang lain mengata. Dia juga tak hirau akibat yang bakal ditanggung oleh emaknya, Puan Maimun, Hukuman-Nya, lagilah dia sengaja lupa.

Demi nyawa tunangannya yang sedang koma, Azlan terpaksa terima Haryani sebagai isteri pertama. Pun begitu, dia tetap tepati janjinya untuk menikahi Nadira apabila dengan izin-Nya gadis itu kembali sedar.

Satu peristiwa berlaku menjadi punca Haryani terkenang akan dosa. Daripada jahil, Haryani mula mencari Tuhan. Namun, ketenangan yang diharap, sakit pula yang dihadap. Pedih! Apabila digelar sebagai insan munafik.

“Jangan gunakan tudung sebagai alasan nak tutup perangai buruk tu. Aku takkan terpikat.” – Azlan

Tulus dengan diri yang ingin berubah meski liku menguji hasil daripada sikapnya yang terdahulu. Hijrah Haryani itu mendatangkan kesan buat Faisal. Di setiap kesukaran itu, terungkai satu per satu hikmah yang mengajarnya erti kebahagiaan.

Namun, dugaannya tidak pernah ringan. Haryani dituduh pula bersalah atas kecelakaan yang menimpa Nadira. Allahu!

‘Allah SWT tak pernah terhadkan satu jalan untuk manusia berubah. Allah juga tak sediakan pintu syurga tu hanya sebuah.’

Jadikan hidup ini ada rasa kehambaan, rasa bertuhan dan fahami makna Segenap Takdir ujian.


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama TV3 Segenap Takdir"

Catat Ulasan