Sinopsis drama kerasnya takdir

Drama Kerasnya Takdir merupakan drama yang diinspirasikan dari novel Kerasnya Takdir, karya hebat oleh Haitun Kamarazaman dan hasil nukilan skrip oleh Nieza Nahar. Diterbitkan oleh Creative Skills Solution dan diarahkan oleh pengarah terkenal Emi Suffian, drama bersiri 28 episod ini menampilkan barisan pelakon ternama tanah air iaitu Redza Rosli, Amyra Rosli, Kartina Aziz, Rita Rudaini, Mia Nasir, Azlee Khairi, Halim Radzi dan ramai lagi.

Jangan ketinggalan untuk menonton Kerasnya Takdir menerusi slot Akasia TV3 mulai 22 April 2023, setiap hari pada pukul 7.00 malam dan strim langsung di www.tonton.com.my. 

Kerasnya Takdir

Episod: 28

Tarikh Tayangan: 22 April 2023

Waktu Siaran: Setiap Hari, 7:00 malam

Rangkaian: Akasia TV3 / tonton

Penulis Novel: Haitun Kamarazaman

Penulis Skrip: Nieza Nahar

Pengarah: Emi Suffian

Produksi: Creative Skill Solution Sdn Bhd


Watak Pelakon drama kerasnya takdir

Amyra Rosli sebagai Intan Najiha

Redza Rosli sebagai Syed Munir

Dayang Fajra Nadifa sebagai Syarifah Saleha

Kartina Aziz sebagai Syarifah Aminah

Rita Rudaini sebagai Syarifah Mastura

Azrel Ismail sebagai Athif

Azlee Khairi sebagai Syed Murad

Ungku Hariz sebagai Nik Fazril

Natasya Mahyan sebagai Umairah

Badrul Mat sebagai Deli Jabar

Halim Radzi sebagai Farouk

Mia Nasir sebagai Syarifah Emilia

Husna Mustaffa sebagai Jijirah

Zarynn Min sebagai Kak Lela

Zurizalazuan sebagai Syed Ahmad Mansor

Masniza Manan sebagai Sharifah Hazirah

Jiha Sham sebagai Asma


Lagu Tema (OST) drama kerasnya takdir

Hadiahkan Duka Kepadamu - Aizat Amdan

Masih Ada - Yulia Kamelia & Aliff Hassan 

Posesif - Yulia Kamelia & Aliff Hassan 

Cerita Kita - Pandora


Sinopsis Kerasnya Takdir

Intan Najiha atau lebih mesra disapa sebagai Jiha (Amyra Rosli) dibesarkan secara sederhana manakala Syed Munir (Redza Rosli) dimewahkan dengan harta. Setelah kehilangan ibu bapanya, Jiha membawa diri ke Kuala Lumpur untuk berdikari dan membuka bisnes menjual lilin, ‘Jiha’s Scent’, secara kecil-kecilan di pusat membeli belah. Berbeza pula dengan kehidupan Munir yang telah dilahirkan dengan kemewahan dan menjadi harapan meneruskan legasi keluarga oleh ibunya Syarifah Aminah (Kartina Aziz). Segala perkara tentang Munir ingin diuruskan oleh ibunya, termasuk soal jodoh untuk berkahwin dengan calon menantunya, Emilia (Mia Nasir).

Apabila sebuah insiden menemukan Munir dan Jiha dan perasaan cinta mula berkembang, Munir telah memilih untuk menjadikan Jiha isterinya walaupun perkahwinan mereka tidak direstui keluarga. Namun, kehidupan sebagai suami isteri tidak seperti yang dijangka. Kehidupan Munir dan Jiha menjadi kusut selepas Munir terlibat dalam kemalangan. Jiha juga ditimpa tuduhan yang telah membuatkan keadaan mentalnya tidak stabil selepas kehilangan Munir dan anak mereka.

Selepas 6 tahun, Jiha bertemu semula dengan Munir apabila dia terjumpa dengan anaknya yang sudah lama hilang. Adakah cinta mereka akan bertaut kembali ataupun Munir sudah meneruskan kehidupannya tanpa Jiha? Dapatkah Munir dan Jiha bertahan menempuhi kerasnya takdir mereka?

Jeha yang berkahwin dengan Syed Munir, anak Syarifah Aminah yang dikatakan berasal daripada golongan bangsawan di Bukit Betong. Perkahwinan mereka tidak direstui oleh Syarifah Aminah. Syarifah Mastura, kakak Syed Munir juga turut membenci Jeha kerana ‘orang yang tidak diketahui asal-usulnya’. Mereka dikurniakan seorang anak, Syarifah Saleha.

Takdir Tuhan, Syed Munir tiba-tiba lumpuh dan Jeha terpaksa bekerja. Segala-galanya kini di bawah tanggungjawab Jeha. Mencari nafkah, menguruskan suami dan anak serta hal ehwal rumah tangga.

Selain itu, Jeha mengupah Haryanto, seorang pekerja Indonesia untuk menoreh getah di kebun kecil miliknya. Hasilnya dapat juga menampung keperluan harian mereka sekeluarga.

Konflik timbul apabila majikannya, Encik Farouk yang pernah menaruh hati pada Jeha, mula menabur fitnah terhadap mereka berdua. Kemuncak konflik berlaku apabila Jeha terpisah daripada suami dan anaknya sehingga dia dikatakan telah menjadi gila.

Apakah fitnah yang tersebar dan mengapa Jeha boleh terpisah daripada suami dan anaknya? Apa pula yang terjadi kepada Haryanto, Syarifah Aminah dan Syarifah Saleha?

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Sinopsis drama kerasnya takdir"

Catat Ulasan