Drama Adnan Runner diinspirasikan daripada filem Adnan Sempit

 

Drama Adnan Runner diinspirasikan daripada filem Adnan Sempit

Adnan Runner merupakan drama yang diinspirasikan dari filem Adnan Sempit terbitan MIG Production Sdn Bhd. Drama komedi 13 episod ini bakal menghiburkan penonton menerusi slot Lestary mulai 11 Mei 2023, setiap Khamis hingga Sabtu pada jam 9.00 malam atau strim secara langsung definisi tinggi di www.tonton.com.my


Drama Adnan Runner

Episod: 13

Tarikh Tayangan: 11 Mei 2023

Waktu Siaran: Khamis - Sabtu, 9:00 malam

Rangkaian: Lestary TV3 / tonton

Pengarah: Azmi Hatta

Produksi: MIG Production Sdn Bhd


Watak Pelakon Drama Adnan Runner

Imran Aqil sebagai Adnan

Bella Dowanna sebagai Nadia

Wanns Ahmad sebagai Bobby

Eleen Arisha sebagai Wawa

Kazar Saisi sebagai Tuan Jenal

Elmy Moin sebagai Madi

Razdan Shamsudin sebagai Syaki


Sinopsis Drama Adnan Runner

Drama Adnan Runner mengisahkan sosok Adnan (Imran Aqil) yang bekerja sebagai despatch terpaksa menukar kerjayanya setelah syarikat tempatnya bekerja terpaksa ditutup kerana mengalami masalah kewangan. Adnan mula berasa buntu dan bosan duduk di rumah. Adnan yang tinggal bersama rakan baiknya Bobby (Wanns Ahmad), cuba untuk mencari dan memulakan pekerjaan baharu. Namun, pekerjaan yang dilakukan dirasakan tidak sesuai dengan jiwanya yang selama ini sering bekerja dengan menunggang motor di jalan raya.

Adnan dan Bobby akhirnya mengambil peluang bekerja sebagai runner sambilan memandangkan Adnan sememangnya seorang yang aktif meluncur di jalan raya dengan motornya.  Adnan sangat komited dengan kerjaya baharunya. Dia tabah diduga dengan pelbagai situasi apabila berhadapan dengan peniaga dan pelanggan yang mempunyai pelbagai kerenah. Keikhlasan Adnan dalam menjalankan tugasnya, berjaya mengatasi segala situasi yang dihadapinya termasuklah sindiket pengedaran dadah terancang yang ingin memerangkap Adnan sebagai keldai dadah. Bagaimanakah Adnan melepaskan diri daripada perangkap penjenayah yang licik itu?


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Adnan Runner diinspirasikan daripada filem Adnan Sempit"

Catat Ulasan