Drama Bukan Hanya Sekadar Cinta

Drama adaptasi novel yaitu Bukan Hanya Sekadar Cinta karya Emma Mariam akan menemui penonton di slot Akasia TV3. Drama bersiri 28 episod terbitan A. Aida Production dan diarahkan oleh Riza Baharudin. Menampilkan Ismail Izzani dan Sofia Dendroff sebagai pelakon utama. 

Bukan Hanya Sekadar Cinta bakal menemui penonton mulai 24 Mei 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pada pukul 7.00 malam di TV3 atau strim di perkhidmatan penstriman iQIYI 1 jam selepas siaran TV.


Drama Bukan Hanya Sekadar Cinta

Episod: 28

Tarikh Tayangan: 24 Mei 2023

Waktu Siaran: Isnin-Jumaat, 7:00 malam

Rangkaian: Akasia TV3 / iQIYI

Penulis Novel: Emma Mariam

Penulis Skrip: Rehal Nuharis

Pengarah: Riza Baharudin

Produksi: A. Aida Production Sdn Bhd


Watak Pelakon Drama Bukan Hanya Sekadar Cinta

Ismail Izzani sebagai Isa Rafael

Sofia Dendroff sebagai Indah Kamelia

Muaz zabir sebagai Ilan Rafzal

Daniella Sya sebagai Anne

Syamim Farid sebagai Lisa

Liza Abdullah sebagai Dahlia

Hafizuddin sebagai Datuk Razman

Aleza Shadan sebagai Datin Rafika

Dian P. Ramlee sebagai Zulaikha / Lee Mei Xiang

Afifah Nasir sebagai Fatimah

Izzendra sebagai Jannah

Laura Olivia sebagai Khadeeja


Sinopsis Drama Bukan Hanya Sekadar Cinta

Drama Bukan Hanya Sekadar Cinta mengisahkan selepas ditinggalkan oleh Ilan Rafzal, Kamelia kembali ke kampung halamannya di Terengganu di mana dia bertemu dengan seorang lelaki misteri, Isa Rafael yang kelihatan pekak dan bisu. Dia mendengar setiap keluhan yang disampaikan Kamelia di mana mereka berkomunikasi melalui nota di dalam buku nota. Suatu hari, Kamelia dipanggil ke KL kerana kecemasan di mana dia terkejut apabila dipaksa berkahwin dengan Isa Rafael yang akhirnya didapati bukan pekak atau bisu!


Sinopsis Novel Bukan Hanya Sekadar Cinta

Kerana kata putus daripada Ilan Rafzal, Kamelia bertemu dengan Isa Rafael di Hong Kong. Seorang lelaki bisu dan pekak yang penuh misteri.


Awak boleh luahkan apa yang ada dalam hati awak tu. Saya akan jadi ‘pendengar’ setia awak. - Isa Rafael.


Buku nota menjadi perantara mereka. Setiap luahan Kamelia, Isa Rafael ‘dengar’ dengan penuh setia.


Sesuatu terjadi dan Kamelia terpaksa bergegas kembali ke Malaysia. Meninggalkan Isa Rafael tanpa sebarang nota. Namun, di Malaysia, yang menanti Kamelia adalah sebuah perkahwinan rahsia, bersama seorang lelaki asing yang akan menggantikan tempat Ilan Rafzal.


Isa Rafael, lelaki yang tidak pernah pekak atau bisu!


“Siapa awak yang berdiri di hadapan saya sekarang ni dan siapa yang bersama saya semasa di Hong Kong hari tu?” - Kamelia.


Dicintai dua lelaki berbeza adalah biasa, namun dicintai dua bersaudara membuatkan Kamelia dalam dilema. Banyak hati yang perlu dijaga.


Isa Rafael, suami yang semanis cotton candy.


Ilan Rafzal, bekas tunang yang menghadiahkan kenangan sepahit espreso.

Sesungguhnya kisah kita bukan hanya sekadar cinta, tetapi tentang percaya dan setia.


Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Bukan Hanya Sekadar Cinta"

Catat Ulasan