Scammer Geng Marhaban Drama Astro

Gempak Originals Series terbaharu Scammer Geng Marhaban yang bergenre komedi dengan tema ‘heist’ dan penipuan berlatar belakangkan komuniti di sebuah kampung. Drama bersiri 8 episod ini diarahkan Waan Hafiz, menampilkan bakat-bakat baru seperti Amir Ahnaf, Lorenzo Irmann dan Qistina Khaled.

Saksikan Scammer Geng Marhaban bermula 4 Mei di Astro Ria, saluran 104, setiap hari Khamis, jam 11 malam. Penonton juga boleh saksikan secara strim di platform Astro GO ataupun On Demand.


Drama Scammer Geng Marhaban

Episod: 8

Tarikh Tayangan: 4 Mei 2023

Waktu Siaran: Khamis, 11:00 malam

Rangkaian: Astro Ria & Astro Go

Penulis Skrip: Sham Hashim

Pengarah: Waan Hafiz

Produksi: The Pongkes Sdn Bhd

Pelakon: Amir Ahnaf, Lorenzo Irmann, Qistina Khaled, Watie Sadali, Ozlynn, Didi Astillah, Mak Engku


Watak Pelakon Scammer Geng Marhaban Drama Astro

Amir Ahnaf sebagai Aidil

Lorenzo Irmann sebagai Adib

Qistina Khaled sebagai Maya / Fifah

Watie Sadali sebagai Hajah Quyah


Sinopsis Scammer Geng Marhaban Drama Astro

Scammer Geng Marhaban Drama Astro mempunyai alur cerita dua adik beradik yang tidak sehaluan, Aidil dan Adib. Namun apabila ibu mereka Hajah Quyah telah terjerat dalam kegiatan ‘scam’ ketika cuba mempertahankan jawatan Presiden Persatuan Marhaban, Aidil dan Adib cuba mencari dalang yang telah menipu ibu mereka. 


Sepanjang memburu ‘si scammer’, banyak insiden yang berlaku termasuklah jerat percintaan di antara Aidil dan Adib terhadap seorang gadis.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Scammer Geng Marhaban Drama Astro"

Catat Ulasan