Drama Astro Bukan Cinta Sempurna

Drama Bukan Cinta Sempurna merupakan adaptasi daripada siri 'Cafe Con Aroma' akan disiarkan di slot Tiara, Astro Ria bermula 31 Julai 2023, pada setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang atau strim di Astro GO.

Drama Bukan Cinta Sempurna

Episod: 50

Tarikh Tayangan: 31 Julai 2023

Waktu Tayangan: Isnin – Jumaat, 6 petang

Rangkaian: Astro Ria / Astro GO

Pengarah: Azri Izhar & MP Roslin MD Sharif

Produksi: Global Station Sdn Bhd


Watak Pelakon Drama Bukan Cinta Sempurna

Ayda Jebat sebagai Qistina

Fadlan Hazim sebagai Luqman

Amar Baharin sebagai Ziyan

Shah Iskandar sebagai Aniq

Hanna Aqeela sebagai Amanda

Neera Azizi sebagai Marina

Emelda Rosemila sebagai Herni

Ziela Jalil sebagai Sahara

Husna Mustaffa sebagai Hajar

Helmy RJ Hamdan sebagai Abu

Alif Hadi sebagai Benjamin

Qistina Khaled sebagai Diana

Saidah Kamarudin sebagai Nadia 

Nick Naim sebagai Omar

Yasmin Hani sebagai Aleetha

Raja Shah Rezza sebagai Tuan Budi

Syahir Shafein sebagai Badrul

Danial Dashuki

Adam Malek

Azlan Mokhtar


Lagu Tema (OST) Drama Bukan Cinta Sempurna

Lagu: Bukan Wanita Sempurna

Penyanyi: Ayda Jebat X Meet Uncle Hussain

Komposer: Mohariz Yaakup, Ayda Jebat & Taja Mustapha

Lirik: Ayda Jebat


Sinopsis Drama Bukan Cinta Sempurna

Drama Bukan Cinta Sempurna menceritakan Qistina, pekerja ladang yang berhadapan dengan pelbagai cabaran bersama ibunya setelah dia jatuh cinta dengan Luqman, anak kepada Tuan Budi, pemilik ladang tersebut. Namun percintaan mereka dipenuhi onak duri lantaran kematian Tuan Budi apabila hubungan mereka dihujani fitnah oleh Aniq dan keluarga Luqman. Nasib Qistina menjadi lebih tragis apabila dia ditinggalkan dalam keadaan hamil oleh Luqman yang sudah terkesan dengan fitnah, memaksa Qistina untuk keluar dan membina kehidupan sendiri.

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama Astro Bukan Cinta Sempurna"

Catat Ulasan