Drama From Saga With Love

Drama terbaharu Viu Original ‘From Saga With Love’ akan menemui anda bermula 21 September 2023, dengan 2 episod baru setiap hari Khamis. Drama bergenre romantik komedi ini diarahkan oleh Umi Salwana Omar, dibintangi oleh Siti Khadijah Halim, Sophia Albarakbah, Fimie Don dan Ikmal Amry. Muat turun aplikasi Viu secara percuma di App Store dan Google Play.

Drama From Saga With Love

Drama From Saga With Love

Episod: 10

Tarikh Tayangan di Viu : 21 September 2023

Penulis Skrip: Rafidah Abdullah, Hadi M. Nor

Pengarah: Umie Salwana Omar

Produksi: Red Communications Sdn Bhd


Watak Pelakon Drama From Saga With Love

Siti Khadijah Halim sebagai Karma

Sophia AlBarakbah sebagai Bianca

Fimie Don sebagai Bob

Ikmal Amry sebagai Sham

Vanidah Imran sebagai Kathy

Fatimah Abu Bakar sebagai Rozita

Zulin Aziz sebagai Suhaila 

Sharifah Amani sebagai Fadhila

Zoey Rahman sebagai Zairin

Tiara Anchant sebagai Daisy

Alvin Wong sebagai Mr Wong 

Fahmy Reza sebagai Abang Lan

Farid Azmer sebagai E-Hailing Driver

Sinopsis Drama From Saga With Love

Drama From Saga With Love mengisahkan tentang Karma, merupakan seorang influencer yang menipu untuk menjadi pembantu peribadi serta jurubahasa bagi pelakon terkenal, Bianca Rozario semasa lawatannya di Saga, Jepun. Pelbagai usaha dan rancangan dilakukan oleh Karma agar rahasia berkaitan penipuannya terhadap Bianca tidak terbongkar. 

Karma yang terikat dengan misi rahsia oleh Ibu Bianca serta impiannya ingin menjadi influencer terkenal membuat dia tetap meneruskan walaupun diganggu dengan kehadiran juruvideo Bianca, Bob serta seorang jejaka pendiam, Sham yang menambah masalah dan huru-hara kejadian di Saga.

Dapatkah Karma menyelesaikan tugas dengan berjaya atau rahsianya terbongkar? Adakah Bob serta Sham mempunyai perasaan hati terhadap Bianca?

Subscribe to receive free email updates:

0 Response to "Drama From Saga With Love"

Catat Ulasan