Drama Luruhnya Bunga Cinta yang diadaptasi drama Korea 'Autumn In My Heart' bakal menampilkan Redza Rosli dan Tracie Sinidol sebagai pelakon utama. Drama terbitan Global Station ini diarahkan oleh Riza Baharudin. Luruhnya Bunga Cinta bakal menghiasi slot Akasia TV3, bermula 19 September 2023, setiap hari Isnin hingga Jumaat, pukul 7.00 malam atau strim di platform penstriman iQIYI bermula jam 8 malam.
Drama Luruhnya Bunga Cinta
Episod: 40
Tarikh Tayangan: 19 September 2023
Waktu Siaran: Isnin - Jumaat, 7:00 malam
Rangkaian: Akasia TV3 / iQIYI
Penulis Skrip: Hafiz Halim & Intan Zarina Mohd Yasin
Pengarah: Muhamad Riza Baharudin
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Watak Pelakon Drama Luruhnya Bunga Cinta
Redza Rosli sebagai Nuh
Tracie Sinidol sebagai Nuha
Bella Luna sebagai Aleen
Aniq Durar sebagai Awal
Nabila Razali sebagai Sarah
Auni Yusri sebagai Aara
Iman Suhana sebagai Khalsom
Shah Rezza
Laila Nasir
Eizlan Yusof
Zila Bakarin
Watie Sadali
Raja Azmi
Hafiz Halim
Sinopsis Drama Luruhnya Bunga Cinta
Drama Luruhnya Bunga Cinta mengenai Nuh (Redza Rosli) dan Nuha (Tracie Sinidol). Kisah mereka bermula semasa mereka masih kecil apabila Nuh ketika itu secara tidak sengaja menjatuhkan kad nama kakaknya sehingga tertukar dengan bayi yang lain! Selepas beberapa tahun kemudian, Nuh meningkat remaja dengan "adiknya", Nuha tanpa mengetahui status mereka yang sebenar. Nuha sangat popular di sekolah dan dicemburui rakan sekelasnya, Aara. Aara (Auni Yusri) seorang gadis yang pandai tetapi jarang mendapat perhatian daripada guru dan rakan sekelasnya. Suatu hari, satu insiden telah berlaku yang memerlukan Nuha terpaksa melakukan pemindahan darah sehingga status sebenar Nuha telah terbongkar.. Adakah insiden tersebut mengubah seluruh hidup Nuha dan Nuh?
0 Response to "Drama Luruhnya Bunga Cinta"
Catat Ulasan